Written by
Admin
Monday 27
January 2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
Saifullah berkata ini merupakan satu-satunya  anak jati Semporna dalam sejarah politik UMNO
P189 Semporna yang merupakan seorang anak muda yang memegang ijazah kedoktoran
buat kali pertamanya seorang doctor pakar perubatan yang telah menganggotai
syaf barisan kepimpinan dalam  Pemuda
UMNO Sempona.
Saifullah berkata demikian kepada Pengarang Kanan Portal Free
Sandakan Today.com  dalam sesi wawancara
eksklusif  pagi tadi ketika  minta pandangannya  mengenai pelantikan Dr Faizal dalam kepimpinan  Pemuda UMNO Bahagia Semporna.
“Saya percaya dengan kehadiran Dr Faizal bagi
menyandang jawatan tersebut ini akan menguatkan jentera pentadbiran Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Semporna yang merupakan sayap kanan kepada UMNO Bahagian
Semporna di bawah kepimpinan Ketua Bahagian UMNO Datuk Hj Mohd Shaffie Hj
Apdal” ujarnya.
“Saya selaku bagi pihak Pemuda UMNO Cawangan
Kampung Iar Semporna 1 mengucapkan, Sekalung Tahniah kpd Sdr. Dr. Faizal Hisham
diatas pelantikan sebagai Pengerusi Biro Pendidikan Politik/Pidato Pergerakan
Pemuda UMNO Bahagian Semporna.
Dan tak lupa juga tahniah diucapkan buat
rakan-rakan  AJK yang telah terpilih
menggalas jawatan sebagai Pengerusi Biro- Biro  Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian  Semporna serta ucapan penghargaan terima kasih
diatas kebijaksanaan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna  Aziz Jamman yg juga Pengerusi KPTM Malaysia
kerana telah berjaya merealisasikan transformasi profesionalisme kepimpinan d
kalangan Pemuda-Pemuda  UMNO Bahagian
Semporna.” Jelas Saifullah.
Katanya lagi sebagai Pemjuda cawangan Kampung
Air Semporna 1 akan terus memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi
kepada kepimpinan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Semporna dan pucuk pimpinan Ketua
Bahagian UMNO Semporna.
“Kami akan menggalas dan menggembling tenaga
kami untuk sama-sama berjuang demi UMNO demi bangsa, agama dan negara  dan kami mahu UMNO terus kekal  bertapak di Semporna buat
selama-lamanya”tegasnya.
No comments:
Post a Comment