Sunday, 12 January 2014

MPS BAKAL KENAKAN CAJ PARKING DIBEBERAPA KAWASAN TERTENTU SATU LAGI BEBAN RAKYAT



Written by Admin
Sunday January 12, 2014

SOROTON DARI MEJA PENGARANG KANAN (FST)
SHAIMON S JUMADI.
 


CADANGAN pihak berkuasa khususnya Majlis Perbandaran Sandakanh (MPS) yang akan mengenakan cukai atau caj Parking kereta di beberapa kawasan antara bermula dari Bandar Maju, Pasar Raya Batu 4 Jalan Utara, Bandar Kim Fung, Bandar Prima Bandar Indah Jaya, Taman Utama, Taman Tyng  Garden, Bandar Labuk Jaya, dan Bandar Sibuga Jaya ini di kawasan Jalan  Labuk.



Sementara bagi kawasan  Jalan Leila yang turut di kenakan caj Pakir (Parking) bermula dari Bandar Ramai-Ramai,  Siang Garden, Bandar Leila, Tanah Merah dan  Bandar Namtung.



Tindakan dan  usaha kerajaan khususnya pihak MPS  memang baik kerana dengan kaedah mengenakan cukai sedemikian menjurus untuk menambah dana khususnya pendapatan pihak kerajaan hasil daripada pungutan harian cukai caj pakir tersebut.



Dalam hal ini ada beberapa perkara yang perlu diambil kira khususnya yang ada kepentingan kepada masyarakat   dan juga kepentingan rakyat setempat.



Kalau memang benar dan menjadi kenyataan pihak MPS bakal mengenakan caj parking ditempat dan kawasan-kawasan seperti yang disebutkan diawal-awal peranggan tadi.



Bagi mereka yang bukan tinggal tetap di kawasan-kawasan berkenaan mereka hanya meletakan kereta sahaja untuk sementara waktu mungkin ada urusan lain memang wajar dikenakan caj pakir pun tak berapa sandi jumlah bayarannya, tetapi bagaimana pula orang yang tinggal di kawasan bangunan tersebut  dan mereka meletakan kenderaan mereka di bawah rumah berjam-jam lamanya ataupun  dalam erti kata lain seharian  suntuk sudah tentu caj parking yang dikenakan kepada penduduk terbabit sudah semestinya menjadi beban berat yang ditanggung.

  
Sedangkan mereka bartahun-tahun lamanya tinggal di kawasan bangunan tersebut  tidak timbul masalah mereka releks saja untuk meletakan kereta mereka masing-masing tetapi setelah ujudnya caj parking sudah bertambah rumit kena belanja lebih lagi.



Tindakan beberapa ADUN yang membantah sambil menangguhkan agar caj parking jangan dikenakan dulu kerana impak buruknya akan menimpa kerajaan BN ini ada kebenarannya sebab  kalau rakyat sudah marah  dengan kerajaan BN ekoran perbuatan  agensi-agensi kerajaan  seperti MPS,   kerajaan BN termasuk wakil-wakil rakyatnya sendiri turut menerima padahnya dan jadi mangsa keadaan.



Ini jelas sebelum pilihanrayan Umum ke 13 (PRU 13)  berkali-kali saya nyatakan di portal online Sabahkini.Net mengenai peranan pihak MPS sebagai badan tadbir dan urusetia Kerajaan Negeri, kerana ramai penduduk Sandakan boleh dikatakan 80 peratus tidak senang terhadap  perkhdmatan yang disalurkan oleh MPS kepada masyarakat khususnya dalam  kerja-kerja menyenggelaraan banyak yang tidak becus dan tidak beres.



Berkaitan dengan tindakan pihak MPS  tersebut rakyat marah kepada kerajaan BN yang terkena tempiasanya ialah ADUN Elopura, ADUN Tanjung Papat dan MP Sandakan, rakyat hanya tahu memaki hamun kepada wakil-wakil rakyat BN mereka mendakwa sebagai wakil rakyat kononnya  tiada ketegasan kepada badan-badan kerajaan terlalu memberi muka sehingga para pegawai tidak ada rasa hormat kepada wakil-wakil rakyat berkenaan sebab takut menegur takut memberi arahan walaupun rakyat diluar sudah terpekik terlolong.



Semasa saya  berkhidmat di Pejabat Parlimen Sandakan  seoama hampir dua tahun sebagai Pegawai  Akhbar di bawah selia Ahli Parlimen Sandakan (BN) iaitu Datuk Liew Vui Keong saya sering bercakap sebagai MP harus keras sedikit harus menegur tindak tanduk mana-mana pegawai  kerajaan termasuk MPS jangan terlalu beri muka, kalau kita terlalu  memberi muka mereka sudah tentu tidak akan hormat walaupun bergelar YB atau menteri sehingga suara kita arahan kita mereka mereka tidak mahu dengan sambil  lewa saja.



Dan saya pernah berkata dan pernah menulis berita di Sabahkini.Net sekiranya pentadbiran MPS tidak becus yang boleh memberikan kemarahan rakyat MPS lah adalah penyumbang  besar kekalahan calon-calon BN pada PRU 13 nanti benarnya juga mungkin mulut saya masin sekali PRU 13 calon BN MP kalah sementara calon-calon BN DUN Tanjung Papat dan Elopura mereka masing-masing mendapat mejoriti undi yang sangat menyedihkan berbanding pada PRU  11 dan PRU 12 yang boleh dibanggakan.

  
Saya terus terang sudahlah masyarakat cina 80 peratus tidak suka dengan kerajaan BN  termasuk   juga  masyarakat Bumiputera 50 peratus tidak suka BN ditambah lagi dengan system baru iaitu caj pakir.



Saya yakin penuh PRU 14 ini nanti parlimen Sandakan tetap kekal milik DAP susah  jatuh semula  ke tangan BN begitu juga kawasan DUN Tg Papat dan Elopura sudah tentu dua kerusi ini bakal jatuh ketangan pembangkang.

  
Ramai yang mengatakan kalaupun Pas bertanding di kawasan Parlimen Sandakan  tentunya pas juga menang kerana masyarakat cina sudah mula menerima kepimpinan Pas dan PKR begitu juga DAP orang-orang Melayu mula menerima perjuangan DAP yang merupakan parti berbilang kaum.



Sebagai contoh terdekat pada PRU 13 lalu calon Pas Parlimen Batu sapi Hj Hamzah Abdullah telah memperoleh undi sebayanyak 9,500 ini 80 peratus undi tersebut datangnya daripada pengundi-pengundi cina.

Kalau BN mahu tumbang pada PRU 14 ini nanti sama ada parlimen Sandakan, DUN Elopura dan Tg Papat teruskanlah niat mahu mengenakan caj parking tersebut ini bagus juga satu system yang harus disambut baik orang cina memang bencikan BN ditambah lagi hal parking masyarakat tambahlah marah lagi dengan MPS dan kerajaan BN bagus juga cadangan ini biar BN tumbang gara-gara perbuatan MPS yang tidak pandai serik PRU 13 sudah menjadi teladan dan bukti cina tidak suka BN, apapun terpulanglah kepada pihak kerajaan kita hanya mampu memberi pandangan untuk kebaikan bersama.

1 comment:

  1. KABARNYA MPS JUGA AKAN MENGENAKAN CUKAU CAJ PARKING DI TAMAN MESRA BAYARAN SEBULAN RM400.00 SETIAP SATU KERETA SYABAS KERAJAAN YANG PALING DENAMIK

    ReplyDelete