Written by Admin
Wednesday January 22,2014
OLEH: SHAIMON
S JUMADI
KUAMUT:- Pengerusi JKKK Kampung Intilibon Asal
dalam DUN Kuamut Kassim Belungko hari
ini mendedahkan satu lagi perbuatan yang memang tidak disenangi oleh
penduduk-penduduk Kapung khususnya para penganut Agama Kristian mari kita ikuti kenyataan yang dipetik
daripada sebuah portal
Kampung Layung Maliau yang terletak jauh di kawasan
pedalaman Sabah. 21 Januari, 2014.Gereja
Protestan Sabah kecil dan berwarna putih terletak di kampung Dusun Layung
Maliau, kawasan pedalaman di daerah Pitas, sekali lagi dipenuhi penduduk
kampung bagi pertemuan Ahad mereka semalam.
Ia penuh sesak sejak Ahad pertama dalam 2014.
Bagaimanapun, apa yang pelik dalam 100 orang penduduk kampung
miskin ini adalah satu pertiga daripada mereka adalah “orang Islam”.
"Mereka fikir mereka sudah berjaya mengislamkan kami. Mereka salah. Kami masih Kristian dan iman kami kepada Tuhan tidak pernah berubah," kata suri rumah Lenney Masangal menjelaskan kehadiran "orang Islam" di gereja itu.
Ibu kepada tiga anak berusia 41 tahun itu adalah seorang
daripada 33 penduduk kampung yang mendakwa diperdaya memeluk Islam demi
mendapatkan RM100 pada hari Tahun Baru.
Mereka adalah sebahagian daripada sekumpulan 64 orang,
termasuk kanak-kanak, dari tiga buah kampung di Pitas iaitu Kampung Layung
Maliau, Dowokon dan Sosop – yang mendakwa menukar agama kepada Islam.
Masalah mula muncul pada malam Tahun Baru.
Seorang penduduk kampung yang baru pulang dari pekan Pitas,
memanggil semua orang ke rumahnya untuk mengumumkan "berita baik"
bahawa" beberapa orang dari Kuala Lumpur" memberikan mereka bantuan
kewangan.
Maison berasa sangat sedih
dan tertipu dengan kejadian yang berlaku."Kami semua pergi ke rumahnya
untuk mendengar bagaimana kami juga boleh menerima bantuan kewangan itu,"
kata petani Maison Bilu.
Apabila diberitahu mereka akan mendapat sejumlah RM800
seorang, Maison berasa sangat teruja.
Lelaki berusia 44 tahun itu seolah-olah hilang pertimbangan
dengan tujuh ahli keluarga, dia hanya memikirkan jumlah wang yang bakal
diperoleh.
"Tiada siapa yang bertanya siapa yang akan memberikan
bantuan kewangan itu. Kami hanya diberitahu bahawa ada 'orang dari Kuala
Lumpur'. Kami juga langsung tidak pun bertanya sebab mereka memberi kami wang
ini," kata Maison.
"Semua orang hanya mahu wang. Itu sahaja."
Mendapat wang sebanyak RM800 adalah seperti memenangi loteri
bagi penduduk kampung yang bergantung hidup sumber pertanian untuk menyara
hidup.
Maison menanam ubi kayu, sayur-sayuran dan jagung untuk
menanggung keluarganya.
Kampung ini juga masih belum mempunyai bekalan elektrik dan
air paip.
Mereka yang bermampuan, hanya mempunyai generator untuk
memasang lampu dan televisyen yang bagi mereka sangat penting.
Untuk sampai ke kampung itu, memakan masa selama dua jam
dengan menaiki kereta dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu.
Dari Kota Marudu, dua jam diperlukan sebelum sampai ke Sungai
Penipak iaitu sungai utama di Pitas.
Dari sungai, perlu berjalan kaki selama satu hingga dua jam
melalui jalan yang penuh debu – laluan yang ditinggalkan oleh syarikat pembalak
suatu masa dahulu.
Jalan berkenaan bukanlah berada dalam kondisi yang disertai
juga dengan banyak bahagian bercuram.
Apabila hujan, jalan tersebut menjadi sangat licin dan
apabila kering, ia sangat berdebu.
Lokasinya yang begitu jauh membuatkan wakil rakyat yang
mereka pilih sejak 50 tahun lalu tidak pernah menjejakkan kaki di kampung itu.
Begitu juga pendakwah Islam.
"Kami tidak mempunyai sebarang pendapatan. Jumlah RM800
itu lebih banyak daripada BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia). Semua orang sangat
teruja," kata Maison.
"Untuk mendapatkannya juga adalah mudah. Kami hanya
perlu memberikan nama dan nombor MyKad kepada jiran kami itu. Itu sahaja.
"Bagaimanapun, kami diberitahu perlu pergi ke dewan
bandar Pitas keesokan harinya (hari Tahun Baru) untuk menerima wang tunai
berkenaan."
Justeru pada hari berikutnya, seramai 33 penduduk kampung
yang teruja itu bersusah-payah melalui jalan yang kotor sejauh 3km untuk
ke sungai.
Sebaik sahaja menyeberangi sungai melalui jambatan gantung,
tiga buah kereta telah menunggu untuk membawa mereka ke dewan bandar.
"Apabila kami sampai dewan, kami diberitahu untuk pergi
ke 'masjid' sebaliknya," kata Maison.
"Di masjid itu, kami semua disajikan dengan minuman dan
minuman. Mereka kemudiannya meminta MyKad kami dan menyuruh kami menandatangani
borang. Saya tidak tahu apakah borang itu kerana saya tidak tahu membaca atau
menulis. Tiada siapa menerangkan kepada kami apakah borang itu .
"Kami semua buta huruf. Saya tidak pernah pergi ke
sekolah dan begitu juga isteri saya," katanya merujuk kepada isterinya
Nafsiah Momin .
"Jadi saya meletakkan cap jari saya pada borang
tersebut."
Apa yang membingungkan Maison adalah individu yang membantu
beliau meletakkan cap jari di atas borang yang tidak pula mengambil borang itu
semula.
"Dia memberikan saya sampul surat yang besar dan di
dalamnya terdapat beberapa sampul surat yang lebih kecil, sampul surat
berwarna.
"Saya tidak segera membukanya untuk memeriksa
kandungannya kerana kami diberitahu agar berdiri dalam satu barisan di dalam
bilik.
"Seorang lelaki kemudian meminta kami mengulang
kata-katanya. Saya tidak faham apa yang dikatakanya kerana ia sangat asing bagi
saya.
"Pada akhir majlis, lelaki itu memberitahu bahawa kami
telah memeluk agama Islam dan kami kini semua orang Islam.
"Saya terkejut. Saya segera mengheret isteri dan anak-anak
keluar dari masjid sambil bertanya diri sendiri apa telah berlaku," kata
Maison.
Beliau berkata, apabila membuka sampul surat yang lebih
kecil, dia mendapati wang sebanyak RM100 dalam sampul surat kuning dan RM50
dalam sampul surat hijau.
Beliau kemudian mengetahui bahawa RM100 adalah untuk orang
dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak .
Borang yang masih ada pada Maison kemudiannya diserahkan
kepada paderi di gereja yang memaklumkan kepadanya bahawa ia adalah satu bentuk
persetujuan dan beliau telah bersetuju untuk memeluk agama Islam.
Bagi Jusman Masid, 41, seluruh kejadian itu membuat dia
berasa sedih dan ditipu.
"Ya, RM800 adalah jumlah yang sangat besar kepada saya.
Saya berasa amat gembira apabila mengenangkan bahawa saya akan mendapat bantuan
kewangan .
"Tetapi kemudian menyedari bahawa saya telah ditipu
sebanyak RM100 dan secara terselindung telah bertukar agama. Saya benar-benar
rasa ditipu."
Isteri Jusman, Lenny
(gambar) berkata, “penukaran agama” itu tidak memberi apa-apa makna kepada
mereka semua.
"Kami masih Kristian. Kita masih pergi ke gereja setiap
hari Ahad dan gereja semakin penuh sejak kejadian ini."
Selepas lebih daripada dua minggu berhadapan dengan
penderitaan mental, Lenny berkata dia berasa "gembira" sekarang
apabila terdapat NGO Kristian di negeri ini yang melantik peguam
bagi mengambil tindakan undang-undang dan menyelesaikan perkara berkaitan
status agama mereka.
"Saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang Muslim
dan tidak pernah mahu menjadi seperti mereka."
Penduduk kampung, diketuai oleh jiran yang memberitahu mereka
berkenaan bantuan itu, Makadan Masabu, 54, telah membuat laporan polis
berhubung penukaran agama sebagaimana yang didakwa.
Mereka mendesak pihak polis untuk menyiasat tuntutan mereka
itu agar mereka bukan sahaja dapat mengekalkan kepercayaan mereka sebagai orang
Kristian tetapi untuk memberi amaran kepada orang lain yang mungkin juga ditipu
seperti mereka . – 20 Januari, 2014 .
Dalam pada itu Kassim menegaskan soal agama yang diperlekeh-lekehkan dan tiada sesiapa yang boleh memaksa mana-mana individu supaya memeluk Islam secara paksa dan bukan kehendak mereka dengan hati yang terbuka.
"Saya ingin mengimbau kembali sejarah dalam era kerajaan USNO dan BERJAYA di mana kaum Dusun, Murut dan Kadazan termasuk kaum cina diajak memeluk Islam beramai-ramai tetapi apa kesudahannya 70 peratus ramai yang murtad dan kembali ke agama asal mereka.
Sebabnya tambah Kassim lagi mereka memeluk Islam hanya diajar melafaskan dua kalimah Syahadah itu saja tidak diajar sembahyang tidak diajar mandi hadaz besar hadaz kecil pendek kata mereka seperti kita memelihara anak ayam tiada bimbangan langsung tentang akidah-akidah hukum hakam Islam halal dan haram akhirnya mereka balik ke agama yang dulu" Ujar Kassim.
Kata pihak JHEAINS agar dapat menyiasat siapa dalangnnya apa tujuan mereka masuk kampung keluar kampung untuk memujuk orang-orang kampung supaya peluk Islam kalau mereka tidak rela hati memeluk Islam siapa yang tanggung dosa ini soal agama yang dipermainlkan-mainkan besar dosanya .
No comments:
Post a Comment