Written
by Admin
Thursday
Januari 30,2014-01-30
OLEH: SHAIMON S
JUAMDI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:-
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sandakan Fakarudin Tan Sri Ampong
melahirkan rasa kesal terhadap tindakan para peniaga di negara ini khususnya
daerah Sandakan yang mengambil kesempatan untuk menaikan harga barang sewenang-wenangnya tanpa memikirkan
implikasinya.
Ekoran
tindakan para peniaga menaikan harga barangan terdapat segelintir pihak-pihak
yang tidak bertanggungjawab telah menyalahkan bulat-bulat kepada pihak
kerajaan.
Memang
tidak dinafikan Kata Fakaruding dalam sesi temubual eksklusif dengan Pengarang
Kanan Portal Free Sandakan Today.com sejurus selepas menghadiri Program 1
Membara Membatu Rakyat sempena majlis Penyampaian 200 bek sekolah kepada
murid-murid Sekolah Rendah P186 Sandakan yang disempurnakan Ketua Bahagian UMNO
Sandakan petang tadi di Restoran Medan Selera dekat sini.
Tambahnya
kerajaan baru menaikan minyak RM.05 sen tetapi para peniaga telah mengambil
kesempatan menaikan harga barangan tinggi dengan pelbagai alasan kos pengangkutan juga
turut dinaikan.
“Pergerakan
Pemuda UMNO yang merupakan sayap kanan kepada UMNO kami akan membantu kepada
pihak kerajaan untuk memantau kenaikan harga barangan tersebut bersama-sama
pihak Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
bagi memastikan peniaga-peniaga
yang terbabit menaikan harga tersebut bakal berdepan dengan tindakan
undang-undang akta kawalan perdagangan 1948” tegas Fakarudin.
Dalam
pada itu Fakarudin menyeru kepada masyarakat cina yang menyambut Tahun Baru
Cina esok 31 Januari ini supaya berbelanja dengan lebih berhemah dan berjimat
cermat memandangkan harga barang-barang keperluan dimusim-musim, perayaan ini yang
agak mahal kerana permintaan terlalu
banyak maka berbelanjalah mengikut kemampuan masing-masing.
Selanjutnya
Fakarudin bagi pihak seluruh ahli-ahli Pemuda UMNO Sandakan mengucapkan selamat
tahun baru Kong Hee Fatt Choi (Gong Xii Fa Cai) kepada sahabat-sahabat cina
daripada parti-parti komponen BN.
No comments:
Post a Comment