Written
by Admin
Friday January
24, 2014-01-24
OLEH: SHAIMON S JUMADI
TONGOD:-
Kenaikan harga barangan yang melambung
tinggi ia bukan saja dirasai oleh penduduk Bandar bahkan penduduk luar bandar seperti
di kawasan pedalaman turut kena tempiasnya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Intilibon Asal DUN Kuamut Kassim Belongku (gambar) berkata kepada Wartawan Free Sandakan Today.com siang tadi menjelaskan ini berpuncak semuanya ekoran tindakan kerajaan menaikan harga minyak Petrol dan Diesel.
“
Daripada kenaikan minyak tersebut maka para pemilik kenderaan khususnya yang
menghantar barang-barang ke kawasan luar Bandar telah turut menaikan harga tambang dan kos
pengangkutan sehingga mencecah 80 peratus.
“Dalam
hal ini kita juga tidak boleh menyalahkan kepada para peniaga disebabkan kos
tambang dan kos pengangkutan yang tinggi lantas para peniaga di kawasan
pedalaman seperti di kawasan Kuamut terpaksa menaikan harga barangan tersebut. Kalau
tidak mereka akan mengalami kerugian ” Tegas Kassim.
Kata
Kassim lagi sebelum ini beras Nasional sekampit berat 10 kg berharga hanya RM22.00 sekarang dan mencecah
RM26.00 ini bermakna peniaga terbabit
menaikan 15 peratus.
“Para
penduduk kampung sekarang bukan saja di Kawasan Kuamut yang turut terkekan oleh
beban berat yang ditanggung bahkan lain-lain kawasan seperti di Sugut dan Kinabatangan turut menderita tapi
apa kan daya kita nak hidup tak beli beras dan barang-barang runcit memang
keperluan harian tak makan walaupun mahal sekali diluar kemampuan
terpaksa beli juga” tambah Kassim.
No comments:
Post a Comment