Written By Admin
Wednesday 22 January 2014
OLEH: MOHD
SUFFIAN AHMAD
SANDAKAN:-
Ketua Pergerakan Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong berkata melalui
penyertaan pelbagai program kemasyarakatan sama ada anjuran badan-badan politik
mahupun badan-badan NGO ia menjurus kepada mewujudkan perpaduan yang erat di
kalangan masyarakat ataupun penduduk setempat.
Inilah
kebaikannya kalau kita sebagai masyarakat suka dan gemar mengikuti apa saja
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kerana banyak menfaatnya pertama kita boleh
kenal mengenali antara satu sama lain kedua ia boleh mempupuk semangat setia
kawan mem upuk kerjasama yang jitu dan memupuk siratulrahim.
Noraini
Sulong menjelaskan kepada Pegawai Akhbar pribadinya yang juga merupakan
Pengarang Kanan Portal Free Sandakan Today.com yang memang tidak asing lagi di
sabah khususnya di Sandakan iaitu Shaimon S Jumadi semasa sesi wawancara eksklusif pada Program Warga Ceria sempena sambutan Maulidur
Rasul Nabi Muhamed SAW baru-baru ini.
“Selaras
dengan Tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini iaitu “Taqwah Memantap Ummah”
lantas umat Islam di galakan menyertai
apa saja program dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan sama ada melalui gotong
royong membersihkan sekeliling kawasan masjid,surau termasuk membersihkan kawasan
tanah perkuburan melawat orang-orang yang ditimpa musibbah seperti kematian
melawat orang yang uzur melawat ke
pusat-pusat rumah orang-orang tua dan melawat ke pusat-rumah-rumah anak yatim
ini juga merupakan satu ibadah dan amal jariah” ujarnya.
Selain
itu Noraini juga berpesan kepada semua ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan sama dan
di Zon Elopura dan Zon Tanjung Papat supaya tampil kedepan untuk sama-sama
menggembling tenaga dalam melaksanakan tanggungjuawab sebagai ahli Wanita UMNO yang
merupakan tulang belakang kepada
Bahagian untuk meneruskan perjuangan
kita agar UMNO bertambah kuat untuk meyakin rakyat pada PRU 14 nanti kerusi
Parlimen Sandakan dapat ditebus kembali ini adalah target dan sasaran utama
kita.
Dalam
pandangan pribadi Wartawan Free Sandakan
Today.com Noraini Sulong adalah merupakan seorang pemimpin wanita yang boleh
dicontohi oleh mana-mana pemimpin sama ada NGO atau badan politik kerana beliau
seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat, rajin, suka mengalah rendah
diri kalau bercakap lemah lembut dan bersopan santun inilah yang membuat orang
ramai khususnya wanita-wanita UMNO Sandakan senang hati mendekati dirinya dan suka dengan
pendirian Noraini.
Kesedarhanaan
keperibadiannya tidak sombong dan suka
bergaul dengan sesiapa saja buat orang bertambah sayang dan hormat terhadap kepimpinannya yang jitu,
ini dijelaskan sendiri oleh Pegawai Akhbar pribadinya iaitu Saimon S Jumadi
beliau senang bekerja di bawah selia dan arahan Noraini yang tidak cerewet suka mendengar pandangan dan pendapat orang lain untuk dikongsi bersama bagi memajukan sesuatu sama ada sedang dirancang atau sedang dalam perancangan.
Saya juga amat beruntung mendapat seorang boss Pengarang Kanan Free Sandakan Today.com seperti SSJ kerana banyak tunjuk ajar dalam penulisan berita/artikel dan banyak juga berita-berita yang saya hasilkan 60 peratus tersiar di portal ini
No comments:
Post a Comment