Written
by Admin
Friday
January 31,20, 2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
Inilah kebagusannya rakyat di negara ini
walaupun ramai bangsa tetapi masih wujud keharmonian dan saling kunjung
mengunjungi majlis-majlis seumpama ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi
kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah yang mengadakan rumah terbuka Kong Hee Fatt
Choy semasa diwawancara oleh wartawan kanan Free Sandakan Today.com di Dewan
Chi Wah tengahari tadi beliau menjelaskan rakyat di negara ini haruslah bersatu
padu dan mengiratkan siratulrahim di kalangan masyrakat majmuk demi perpaduan
dan keharmonian sejagat.
“Sebagai wakil rakyat saya akan terus fokus
kepada peningkatan pembangunan di kawasan Sandakan terutama sekali di kawasan
Elopura selain dalam aspek perumahan
saya juga fokus dalam meningkatkan pembangunan industry pelancongan.
Katanya dengan peningkatan bidang industry
pelancongan di negeri ini termasuk daerah Sandakan ia jelas sebagai sumber ekonomi bagi menjana pendapatan negara.
Sempena Tahun Kuda pada perayaan Tahun baru
Cina ini rakyat rakyat diseru bekerja
keras lagi, disamping menanam jati diri untuk mendisilpinkan diri bagi memberi
layanan yang baik berbudi bahasa bersopan satun kepada para pelancong asing dan
dalam yang berkunjung ke Sandakan mahupun di negeri ini.
Berhubungan dengan kenaikan harga barang yang
terlalu tinggi sehingga membebankan pengguna Au berkata sepatutnya pihak
peniaga tidak keterlaluan menaikan harga jualan mereka sehingga mencecah 60
peratus.
Au menasihatkan kepada rakyat khususnya
pengguna agar sentiasa mengamal sikap berjimat cermat bila berbelanja bukan
mengikut nafsu dan hati berhemahlah dari sekarang.
.
No comments:
Post a Comment