Thursday, 23 January 2014

KALAU DULU MAKAN SUP TULANG DAN COTO SEORANG 3 MANGKOK SEKARANG KENAKAN KURANGKAN SEBAB HARGA DAH MAHAL


Written by Admin
Thursday 23 January 2014

SOROTON DARI MEJA PENGARANG (FST)
SHAIMON S JUMADI
 

KENAIKAN  harga barangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang kini menjadi isu panas di kalangan pengguna setempat terdapat beberapa faktor kenapa fenomena tersebut boleh berlaku.

Ramai orang mendakwa kenaikan harga barangan  melambung ini berpunca daripda tindakan kerajaan menaikan harga petrol dan diesel, menghapuskan subsidi gula juga membabitkan kenaikan gaji pekerja dan tariff elektrik.

Pihak Free Sandakan Today.com beberapa hari yang lalu telah menemui dua tiga orang peniaga di sekitar Bandar Sandakan mengenai tindakan para peniaga rata-rata terlibat menaikan harga barang.

Mereka menjelaskan kenaikan harga barang bukan disengajakan dibuat-buat dan sewenang-wenang dilakukan ini ekoran kos caj  pengangkutan yang tinggi dikenakan setiap barang yang dipesan sampai kepintu primes mereka.

“Kedua kami terpaksa membayar gaji pekerja kalau sebelum ini mereka hanya di bayar cuma RM500.00 sebulan untuk empat orang pekerja baru berjumlah RM2,000.00 .

Disebabkan kerajaan telah membuat dasar baru dimana gaji pekerja di negara ini diseragamkan setiap pekerja majikan diwajibkan  membayar RM800,00 sebulan bayangan kalau kita mempunyai pekerja 4 orang sudah berapa jumlahnya” kata seorang peniaga yang hanya di kenali Mr Albert Chong.

Dalam konteks ini memang tidak dapat menafikan  dengan kenaikan harga minyak para pemilik kenderaan pengangkutan jelas mengambil kesempatan minyak naik baru RM0.5 sen mereka telah menaikan kos pengangkutan hingga mencecah 30 peratus ini satu perbuatan yang keterlaluan.

Bagi menghadapai  kenaikan harga barangan tersebut bukan saja para peniaga yang menjadi mangsa keadaan tetapi pengguna juga adalah golongan sasaran utama yang menjadi mangsa dan beban berat yang ditanggung terutama sekali golongan miskin.

Bercakap mengenai tindakan pihak Kemkenterian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui badan Jawatankuasa Tindakan Pemantau Harga Barang  yang turun padang untuk mengenali pasti ada berlakunya penyelewengan menaikan harga barang yang dilakukan sewenang-wenangnya oleh para peniaga terbabit lantas dikenakan tindakan undang-undang seperti di denda inin harus disokong oleh semua pihak.

“Saya fikir fenomena ini tidak akan berakhir  dengan kenaikan kos pengangkutan yang tinggi para peniaga juga harus menaikan harga jualan mereka, mana ada orang  mahu menanggung rugi, bayar gaji pekerja kena lebih, bayaran bil elektrikpun kena lebih dan kos pengangkutanpun kena lebih kalau sebelum ini baget untuk semua ini baru RM7,000.00 sebulan kini telah meningikat mendadak RM10,000.00.

Apapun perkara sudah  ini berlaku sebagai penggunakan kenalah berhemah bila berbelanja kena jimat cermat kalau dulu hari-hari makan daging, makan ayam, ikan udang dan makan ikan merah  sekarang kenalah pandai makan ikan kembung  sebab harga sudah naik melambung.

Begitu juga orang yang suka makan cotoh dan sup tulang  kalau semangkok tak cukup mahu juga dua tiga mangkok seorang harga baru RM5.50 kini terpaksa makan semangkok saja sebab harga sup sekarang  RM6.50.00



No comments:

Post a Comment