Written by Admin
Tueaday 7 Janhuary 2014
OLEH KAMARUL NIZAM AHMAD
KUALA LUMPUR:- Ketua Penerangan
PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar)
mengutuk Majlis Sambutan Hari
Jadi Menteri Dalam Negeri yang dilaporkan diadakan begitu mewah di kala
rakyat disarankan menjalani kehidupan berjimat cermat oleh kerajaan.
Katanya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menyambut hari jadinya bersama cucunya dengan
jamuan bihun, kuih muih, temped an rempeyek saja ini sesuai dengan saranan
kerajaan agar semua rakyat jelata di negara ini berjimat cermat
Mahfuz menyifatkan pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja mengumumkan pemotongan 10%
elaun keraian menteri dan timbalan menteri dalam 11 langkah penjimatan
mengurangkan perbelanjaan sektor awam.
Beliau mempersoalkan mengapa menteri itu mengadakan sambutan majlis hari
jadi yang begitu mewah walhal Ahmad Zahid boleh mengadakan jamuan sederhana di
rumah yang dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih sepertimana yang dilakukan
oleh masyarakat umum.
"Saya amat terkejut apabila membaca berita berkenaan sehingga
menimbulkan satu tanda tanya dari manakah sumber kewangan yang diperoleh untuk
membiayai sambutan tersebut.
"Biarpun difahamkan ia adalah sambutan hari jadi yang dibuat sekali
bersama cucunya namun kenapa tidak dibuat di rumah bersama keluarga, antara
atuk dan cucu dengan hanya dihidangkan bihun, pulut kuning dan kuih. Saya rasa
itu sudah mencukupi," katanya kepada media.
No comments:
Post a Comment