Wiitten
by Admin
Saturday
January 18,2014
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE
S JUMADI
Kita
sebagai insan harus simpati kepada
seseiapa yang telah ditimpa musibbah dan ini juga merupakan satu amal jariah
dan ibadah untuk membantu sesama insan yang memerlukan.
Sambil
itu Noraini mengucapkan terima kasih
kepada pihak JKKK Kampung Baru TB
Ward terutama sekali pengerusinya Hajah Ainah Amit kerana memberikan kerjasama
sepenuhnya kepada pihak Wanita Bahagian UMNO Sandakan dalam majlis upacara
penyampaian bantuan tersebut kepada
mangsa terbabit.
“Saya
amat berharap agar kerjasama sebegini
antara JKKK Kg Baru TB Ward di bawah
pimpinan Hjh Ainah dengan
Wanita UMNO Sandakan di bawah pimpinan saya sendiri dan kita mahu kerjasama yang terjailin seumpama ini bukan saja sampai
di sini saja bahkan terus berkekalan
sampai bila-bila sahaja lagipun kita adalah satu perjuuangan dan satu bahtera
dalam UMNO dan lupakan selisehan faham yang tidak membawa sebarang menfaat itu” ujar Noraini.
Sementara
Wartawan Free Sandakan Today.com yang sempat menemu bual secara ringkas dengan
Pengerusi JKKK Kg berkenaan Hjh Ainah menjelaskan antara dia (Ainah dengan
Noraini) tiada apa-apa masalah dalam mewujudkan kerjasama antara satu sama yang
lain demi perpaduan yang intim.
Dalam
pada itu Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM
Daerah Sandakan yang diterajui oleh Noraini Sulong sebagai Pengerusi badan NGO
itu pihaknya turut menderma berupa wang tunai kepada 24 keluarga mangsa
kebakaran tersebut.
“Dengan
adanya sumbangan wang tunai yang tidak sebesar mana jumlahnya itu daripada
PEMADAM ini sedikit sebanyak boleh diperlukan untuk perongkosan membeli barang-barang keperpuan seharian.
Dalam
mengagihkan bantuan tersebut pengerusi
JKKK Kg Baru TB Ward Hjh Ainah Amit turut beri penghormatan oleh pihak PEMADAM bagi menyampaikan sumbangan tersebut kepada
mangsa-mangsa berkenaan dan beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak
PEMADAM atas keprihatinan dan simpati
memberikan sumbangan tersebut.
HARMONI.....Inilah yang kita mahu jalinan mesra antara satu sama lain seperti yang ditunjukan oleh Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong dengan Pengerusi JKKK Kg Baru Tb Tb Ward Hjh Ainah Amit kekalkan semangat kerjasama semoga hubungan mesra antara Ainah dan Noraini terus terjalin sampai bila-bila masa sahaja (Sejuk Perut Ibu Mengandung) semoga ini dijadikan contoh terhadap mana-mana pemimpin yang tidak mahu menerima hakikat sebenarnya atas apa yang telah menimpa dirinya...Amin
No comments:
Post a Comment