Written by Admin
Tuesday January 7,2014
OLEH:
AZMI AZMAN
ELOPURA:-
Kebocoran   Tangki Air yang berlaku dan
melibatkan   80 peratus di blok bangunan Projek Perumahan
Rakyat (PPR) Taman Mesra  yang sudah hampir  masuk ketiga minggu belum ada apa –apa  sebarang tindakan diambil oleh pihak Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) hingga kehari ini
Tangki
air yang diletakan diatas bumbung setelah dibersihkan atau dicuci bukan
menambahbaikan tetapi membawa lebih keburukan kerana setiap hari air yang
keluar melempa ruah  mengalir ke bawah dianggarkan mahu juga 3,000 leter  bayangkan 80 peratus bangunan blok terlibat sama 
dalam insiden ini.
Minggu
lalu Ahli Parlimen (DAP) kawasan Sandakan Stephen Wong bersama dengan pegawai-pegawai
kanannya telah membuat lawatan  ke
kawasan Taman Mesra bagi mrninjau dan mengenal pasti blok-blok bangunan yang terlibat
dalam fenomena tersebut.
Kedatangan
 Wakil Rakyat Parlimen itu merupakan satu
rahmat kepada  sebahagian
penduduk-penduduk Taman Mesra kerana sedikit sebanyak dapat meluahkan dan
rintihan mereka selama ini kepada MP berkenaan.
 Walaupun Wakil Rakyat pembangkang tidak boleh buat apa-apa hanya mampu menyuarakan ini hati rakyat yang mengeluh selama ini sekurang-kurangnya rakyat nampak sendiri atas keprihatinan pihak pembangkang yang turut bertanggungjawab membela  nasib rakyat dan  ini   merupakan  tugas dan peranannya untuk  membantu rakyat, terpulanglah kepada pihak kerajaan untuk menilainya
Yang
menjadi kemarahan penduduk ialah sikap acuh tak acuh para pegawai MPS yang
langsung tidak mengambil peduli apa yang telah berlaku dan menimpa kepada
penduduk-penduduk Taman Mesra.
“Saya
sebagai penduduk Taman Mesra sungguh amat kecewa dengan sikap acuh tak acuh
para pegawai yang berkenaan nanti kalau kita kritik kerajaan di beri amaran “Kalau
Tak Suka dengan Kerajaan BN” disuruh rakyat  keluar dan meninggalkan negara Malaysia” kata
Shaimon S Jumadi (gambar) bercakap panjang lebar  bukan selaku  bertindak sebagai wartawan tetapi selaku mewakili
penduduk Taman Mesra. 
 TUNGGU ramai penduduk Taman Mesra mampus (jadi Arwah) terkena gigitan nyamuk Aedes dan diserang demam denggi berdarah barulah pihak kerajaan bergegas ambil tindakan mungkin ini para pegawai MPS yang mahukan ...Subhanallah.....
 Gambar ...sepucuk surat daripada MP Sandakan yang diutuskan  kepada Presiden MPS berhubung dengan permasalahan di kawasan Taman Mesra


.jpg)
 
No comments:
Post a Comment