Tuesday, 7 January 2014

PEMUDA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN BERI BANTUAN KEPADA MANGSA-MANGSA KEBAKARAN

 Written by Admin
Tuesday January 07,2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN: Rakyat yang ditimpa musibbah  seperti kebakaran dan lain-lain insiden pihak kerajaan menerusi agensinya  yang melibatkan badan-badan yang berkaitan tidak sesekali meminggirkan rakyat
Sejajar dengan prinsip atas amalan Gagasan 1Malaysia 'Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan' bantuan akan dihulurkan dengan apa cara sekali pun untuk memastikan beban yang dihadapi dapat diringankan lebih-lebih bagi golongan yang kurang kemampuan.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Sandakan, Fakarudin @ Carl Tan Sri Haji Ampong berkata menjadi tanggungjawab bagi pihaknya tampil kerana kejadian yang berlaku sama sekali tidak diduga sekali gus menambahkan masalah di saat sesi persekolahan awal tahun baru bermula.

Beliau meminta mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Batu 2 TB Wad dekat sini agar bertenang serta banyakkan bersabar kerana apa yang terjadi sudah pasti akan ada hikmah di sebaliknya.

Katanya, usaha meringankan beban yang mereka tanggung akan cuba diringankan oleh pihak-pihak berkaitan bagi memastikan keperluan persekolahan anak-anak dapat diatasi sekali pun tidak sepenuhnya namun setidak-tidak membantu melancarkan persekolahan.

"Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa mangsa-mangsa kebakaran di saat mereka telah menyediakan kelengkapan anak-anak untuk bersekolah. Apa pun, pihak keluarga yang terlibat supaya bertenang dan redha dengan ketentuan Ilahi.

"Justeru, kehadiran Pemuda Umno Sandakan pada petang ini adalah bagi menyampaikan sumbangan ikhlas kami untuk memastikan beban yang ditanggung para mangsa khususnya dalam menyediakan kelengkapan persekolahan sedikit sebanyak dapat dibantu.

"Menjadi tanggungjawab bagi kami tampil ke hadapan selari dengan agenda dan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membantu memandangkan rakyat adalah segala-galanya.

"BN tidak mahu ada yang terpinggir akibat masalah yang berlaku ini. Oleh yang demikian, kami tampil prihatin untuk membantu walaupun seadanya tetapi sekurang-kurangnya beban yang ditanggung dapat dikurangkan," jelas Ketua Penerangan Pemuda BN Sabah yang baru dilantik itu. 

Fakarudin berkata demikian ketika ditemui oleh Wartawan Free Sandakan Today,comj pada majlis penyampaian bantuan berupa kelengkapan persekolahan seperti beg dan alat-alat tulis serta sedikit wang tunai kepada anak-anak mangsa kebakaran di Kampung Batu 2 TB Wad petang Isnin lalu.

Kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi 5 Januari itu memusnahkan sebanyak 18 buah rumah menyebabkan kira-kira 150 orang penduduk kehilangan tempat tinggal.

Sebahagian mangsa-mangsa kebakaran ketika ini tinggal buat sementara waktu di masjid berhampiran manakala selebihnya di rumah sanak-saudara.

No comments:

Post a Comment