Written by Admin
Wednesday January 29.2014
BATU SAPI:- Tahun Baru Cina yang bakal di sambut pada
31hb Januari ini sebagai mengenang jasa para pengundi Cina Ketua Bahagian PAS
kawasan Batu Sapi yang juga Timbalan
Pesuruhjaya PAS Sabah Haji Hamza Hj Abdullah telah mengagih-agihkan Ang Paw dan
Limau Manderin kepada masyarakat cina khususnya penduduk Batu Sapi kelmarin.
Walaupun PAS merupakan parti pembangkang
di Sabah khususnya di kawasan Batu Sapi namun jasa pengundi cina pada PRU 13
lalu yang memberi undi kepada calon PAS untuk parlimen Batu Sapi telah mendapat
9,500 undi yang 80 peratus datangnya daripada cina itu sendiri tetap dikenang
dan dihargai.


Sama juga kalau parti DAP di Semenanjung
telah diterima oleh orang-orang Melayu di
Sabah juga orang-orang bumiputera sudah mulai menerima kehadiran DAP di
Sandakan contohnya di Kampung Sim-Sim telah mempunyai 4 cawangan DAP yang
dianggotai orang-orang Bumiputera.

Terutama sekali golongan muda di bawah
umur dari 21 hingga 30 an tahun baik cina, bumiputera Islam/bukan Islam India 90
peratus telah menyokong parti PAKATAN RAKYAT sebab mereka mahu rasa macam mana
negara ini termasuk di Sabah jika ditadbir oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT.
Syabas Saudara Hj Hamza teruskan
perjuanganmu demi rakyat, agama dan negara pastinya pada PRU 14 nanti PAS Batu
Sapi akan membawa kejayaan yang cemerlang.
No comments:
Post a Comment