Written
by Admin
Saturday
January 18, 2014
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
Watikah angkat sumpah Aku Janji yang dilafaskan
serentak itu antaranya menyatakan taat
setia kepada perjuangan UMNO dan taat
setia kepada pucuk pimpinan Ketua Wanita Bahagian Sandakan bagi tempoh
2014/2016.
Dalam sesi wawancara dengan Wartawan Free Sandakan Today.com Noraini
Sulong sejurus selepas mempengerusikan Mesyuarat tersebut menasihatkan ahli-ahli
Jawatankuasa Bahagian Wanita yang terdiri daripada ketua-ketua cawangan Wanita
UMNO Sandakan supaya memberikan komitmen dan menggembling sepenuh tenaga bagi meningkatkan perjuangan UMNO dan
Barisan Nasional (BN) terutama sekali bagi menghadapi pilihanraya umum ke
14 PRU-14) nanti.
“Saya yakin dengan adanhya gandingan mantab
anatara ahli-ahli UMNO diseluruh akar umbi, Wanita, Pemuda, Puteri, Bahagian
dan diperinkat cawangan maka perjuangan UMNO/BN bertambah kuat dan tidak gentar
untuk berdepan dengan musuh-musuh politik yang memang sentiasa ingin menggugat
dan menghancurkan perjuangan kita” tegasnya.
Noraini juga mengajak kepada semua ahli-ahli
UMNO yang selama ini tidak menyokongnya supaya melupakan kisah-kisah lalu agar bersatu semula demi menegakan mertabat perjuangan UMNO ini selari dengan transformasi parti UMNO.
Mengenai kenaikan harga barang yang melambung
tinggi Noraini menasihatkan kepada ahli-ahli Wanita UMNO yang merupakan
surirumah agar berjimat cermat bila berbelanja dan belilah barang-barang yang
perlu sahaja jangan bazirkan wang yang tidak ada hala tuju itu.
No comments:
Post a Comment