Written
by Admin
Thursday 30 January 2014
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Rakyat tergolong berpendapatan rendah di
negara ini termasuk penduduk di Sandakan tidak pernah terpinggir atau
ketinggalan untuk mendapat apa-apa saja
bentuk bantuan yang diperlukan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional
(BN) sama ada mereka tinggal di kawasan Bandar
mahupun diluar Bandar.
Keprihatinan para
pemimpin kerajaan untuk membantu rakyat terus ditingkatkan dari masa semasa ini
adalah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksanakan tanpa mengira siapa mereka sama ada menyokong kerajaan
ataupun disebaliknya mereka tetap menerima bantuan yang seksama.
Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon berkata demikian di hadapan lebih 100 orang ibubapa di majlis penyampaian
beg sekolah seramai 200 murid P186
Sandakan sempena Program 1 Membara Membantu Rakyat anjuran bersama Jawatankuasa Biro Pendidikan UMNO Bahagian
Sandakan dan JASA di medan Selera dekat sini petang tadi.
Katanya rakyat yang iniginkan kemajuan dalam aspek perdana pembangunan
hendaklah menyokong segala dasar-dasar kerajaan yang memerintah negara ini.
Kerajaan BN yang
telah diberi mandat semula pada PRU 13 lalu akan terus memainkan peranannya ke
arah merealisasikan pembangunan untuk keperluan rakyat agar mereka hidup selesa
menikmati segala kemudahan asas yang
disalurkan kerajaan untuk rakyat.
Dalam perkembangan yang berkaitan Ampong menegaskan
kepada segelintir ahli-ahli UMNO di Bahagian Sandakan yang rasa tidak puas hati terhadap kemenangan
Ketua Bahagian UMNO Sandakan pada pemilihan lalu.
“Yang memang
teruskan dengan kemenangannya mereka yang berjaya memekalkan kedudukkannya
sebagai Ketua Bahagian terus
melaksanakan tanggungjawabnya dan yang kalah pula kena menerima hakikatnya atas
kekalahan tersebut dan teruskan bagi
memperjuangkan untuk memantabkan UMNO untuk
bangsa, agama dan negara” tegas Ampong.
“Bukan disebabkan kerana kekalahan itu terus dijadikan landasan atau tembok
perpecahan untuk terus bermusuhan sesama
sendiri sedangkan kita ini adalah
sama-sama dalam UMNO yang mempunyai matlamat dan agenda yang sama lupakan kisah
lama kita bersatu semula ini selaras deengan transformasi UMNO” ujarnya.
Sambil itu Ampong menyelar sikap beberapa pemimpin
pembangkang yang kerap menyalahkan kerajaan ekoran kenaikan harga barangan
yang melambung tinggi ini tidak adil.
“Kerajaan baru menaikan harga minyak dengan kadar RM0.5
sen para peniaga pula memandai-mandai menaikan harga sehingga 50 peratus ini
tidak wajar dan telah menyusahkan rakyat jelata tetapi kerajaan pula yang
disalahkan” terang Ampong lagi.
Turut hadir pada
majlis tersebut ialah Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong, Ketua Pemuda
Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong Puyon, Ketua UMNO Zon Elopura
Datuk Hj Alipuddin Hj Puyon, Ketua UMNO Zon Tanjung Papat Maidin Nordin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting
Charles O Pang Timbalan Pengarah JASA p186 Sandakan Hjh Zaitun Abd Hamid dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Hj Utung.
No comments:
Post a Comment