Written by Admin
Wednesday January 29,2014
OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE
KUALA LUMPUR:-
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menggesa kerajaan
untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menghalang mana-mana individu yang
mahu menjadi calon bertading pada
pilihanraya tetapi masih lagi menhadapadi tuduhan di mahkamah.
Ibrahim Ali berkata demikian kerana mengulas
beberapa kenyataan yang tersiar di media-media berkenaan bahawa Ketua
Pembangkang Parti Pakatan Rakyat iaitu bDatuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat akan
bertanding pada pilihanraya kecil bagi DUN Kajang bagi menggantikan mantan ADUN
Lee Chin Chih yang telah meletakan jawatan sebagai ADUN berkenaan.
Kenyatan Ibrahim itu merupakan satu sindiran kepada
Anwar Ibrahim Cuma Ibrahim Ali tidak berani berterus terang dan menyebutnya
Marilah kita ikuti
sedutan teks berita Ibrahim Ali yang tersiar di sebuah portal pada 28
Januari 2014 bertajuk” PERKASA DESAK KERAJAAN WUJUDKAN UNDANG-UNDANG BARU
LARANG CALON TERLIBAT KES MAHKAMAH TANDING PILIHAN RAYA
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia
(Perkasa) hari ini menggesa kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang bagi
menghalang calon yang masih menghadapi tuduhan di mahkamah bertanding dalam
pilihan raya.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali(gambar) berkata jika seseorang calon itu
didapati bersalah oleh mahkamah, satu pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan
dan ia merupakan satu pembaziran dan penghinaan kepada rakyat.
“Memang seseorang tidak bersalah selagi
belum dijatuhkan hukuman tetapi jika akhirnya pihak terlibat didapati bersalah
yang menyebabkan gugur status ahli dewan, maka PRK terpaksa diadakan dan ia
merupakan satu pembaziran kepada wang rakyat.
“Rakyat sesebuah negeri tentu
berasa malu apabila pemimpinnya sedang didakwa, apatah lagi jika kes jenayah
besar seperti rasuah, liwat dan juga merupakan bekas banduan yang bertahun
ditahan di penjara,” katanya dalam satu pesanan ringkas.
Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya untuk
bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah penyandangnya
Lee Chin Cheh menghantar notis untuk mengundur diri sebagai Adun semalam.
Mahkamah
Persekutuan hari ini memutuskan 11 Februari bagi mendengar semula rayuan Anwar
menolak peguam Umno Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi
menyemak semula keputusan pembebasan Anwar dalam tuduhan liwat kedua.
Anwar,
66, dijangka akan hadir ke mahkamah sewaktu kempen pilihan raya DUN Kajang
sedang berlangsung.
Ibrahim
berkata jika pihak yang masih menghadapi pertuduhan di mahkamah diangkat
sebagai calon, ia melambangkan sesebuah parti itu sudah tidak mempunyai calon
lain yang lebih layak.
“Lebih-lebih
lagi kalau salahguna kuasa, lengahkan bicara dan macam-macam hal. Ianya juga
menggambarkan macam tidak ada orang lain yang layak.
“Ini
satu penghinaan moral kepada rakyat. Maka wajar satu akta yang terperinci mesti
diwujudkan dengan mengambil kira semua aspek dalam hal perjawatan,” katanya
yang kini berada di Mekah. – 28 Januari, 2014.
Saya menyifatkan Ibrahim Ali merupakan orang yang sudah kecewa lantas dia memandai-mandai mendesak kerajaan BN supaya membentuk undang-undang baru itu sebenarnya Ibrahim Ali siapa.
Sudahlah kalah bertanding pada PRU 13 lalu sekarang siapa yang nak pandang lagi bbagus lagi jadi pemandu teksi seperti yang dia pernah cadangkan tempohari jelas Omar Sakil Hisham kepada wartawan Free Sandakan Today di Kuala Lumpur padi tadi
"Saya difahamkan Ibrahim Ali kalau masuk ke negeri Sabah akan dipancong kepalanya kerana rakyat Sabah masih menaruh dendam kepadanya bukan alang kepalang terutama sekali dia anti Agama Kristian atas tindakannya menyuruh orang-orangnya membakar bible dan patung paderi gereja orang-orang khususnya penganut kristian di seluruh negara ini marah betul atas tindakan biadap dan kurang ajarnya yang tidak diambil tindakan undang-undang" ujarnya
INI HADIAH PALING WAJAR UNTUK IBRAHIM ALI
INI HADIAH PALING WAJAR UNTUK IBRAHIM ALI
No comments:
Post a Comment