Tuesday, 21 January 2014

AMPONG, NORAINI BIDAS PARA PENIAGA YANG MENAIKAN HARGA BARANGAN SESUKA HATI SAHAJA




Written by Admin
Monday January, 21, 2014

OLEH: AZMI AZMAN
FOTO: SAFFIE S JUMADI

 

WAWANCARA KHAS....Noraini sedang diwawancara oleh Pegawai Akhbar pribadinya (SSJ)  mengenai kos sara hidup ekoran kenaikan harga beban kepada golongan miskin tegar



SANDAKAN:- Tindakan para peniaga di negara ini termasuk di daerah Sandakan yang menaikan harga barangan keperluan dengan sesuka hati dan membelakangi arahan kerajaan khususnya pihak Kementerian Perdagangan  Hal Ehwal  Koperasi dan Kepunggunaan (KPDNKK) tidak harus dipandang ringan dan perlu di pantau dan diambil tindakan undang-undang.

Perbuatan para peniaga yang melakukan perkara sedemikian ini menjurus  mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat jelata di negara ini termasuk penduduk setempat di daerah Sandakan  kerana  dengan situasi yang tidak setabil ini masyarakat golongan miskin golongan sedarhana turut merasai bahang kenaikan kos sara hidup ekoran kenaikan harga yang melambung tinggi itu.


Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon berkata demikian kepada Wartanan Kanan Free Sandakan Today.com (SSJ) sejurus selepas menghadiri program Keluarga Ceria  sempena sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhamed SAW anjuran JASA dengan kerjasama Pergerakan Wanita  UMNO Bahagian Sandakan di Surau Al Furqan Sim-Sim dekat sini kelmarin.
“Kita amat kesal dengan tindakan para peniaga terbabit kerana menaikan harga barang  mendadak sehingga mencetuskan kemarahan bukan saja di kalangan penyokong dipihak pembangkang bahkan ahli-ahli penyokong parti-parti komponen BN/UMNO pun turut marah kerana ini satu bebaban berat yang ditanggung sedangkan kerajaan akan menguatkuasakan GST pada tahun 2015 kenapa pula para peniaga nak memandai-pandai dan sewenang-wenangnya  menaikan harga tersebut  apa motif dan tujuan sebenarnya” mereka berbuat sedemikian rupa” Tanya Ampong.

Sementara itu tidak ketinggalan juga  Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong yang turut di wawancara oleh Pegawai Akhbar pribadinya sendiri  yang juga Pengarang Kanan Portal Free Sandakan Today,com mengenai kos sara hidup yang melambung tinggi ekoran tindakan pelampau para peniaga yang menaikan hyarga barangan sehingga diluar kemampuan golongan miskin dan pendapatan rendeah.
  
Noraini turut menyokong apa yang dikatakan oleh Tan Sri Ampong mengenai tindakan keterlaluan pihak peniaga melakukan perkara tersebut sehingga bahang dan tempias negatifnya terpercik kepada kerajaan BN.

“Saya minta kepada ahli-ahli wanita UMNO yang ramai menjadi surirumah bukan saja di kawasan Sandakan bahkah di seluruh kawasan lainnya supaya berbelanja berhemah dan berjimat cermat dan belilah barang-barang yang perlu sahaja ini untuk mengelakan beban berat yang ditanggung terutama sekali  suami-suami mereka yang berpendapat rendah” ujarnya.

No comments:

Post a Comment