Tuesday 14 January 2014
SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN (FST)
SHAIMON S JUMADI
Kemungkinan kali ini pendedahan kerosakan
 Jalan Batu Sapi di kaca TV3 yang
ditonton oleh keseluruhan rakyat di bumi Malaysia ini termasuk para pemimpin
besar negara khususnya pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dijadikan
ikhtibar dan tindakan  selanjutnya  akan dimabil mengenai tangisan, rintihan dan
keluhan rakyat Batu  Sapi selama ini.
Terus terang saya katakana walaupun kami
sebagai wartawan sama ada dari portal Free Sandakan Today.com mahupun akhbar
media cetak New Sabah Times dan akhbar-akhbar lainnya yang berperanan untuk membantu
mengwar-warkan dan mendedahkan masalah kerosakan Jalan Batu Sapi yang
membelenggu penduduk di situ  kepada
pihak kerajaan namun langsung tidak diperdulikan sedangkan  niat kami ikhlas untuk membantu.
Apapun kami sebagai wartawan di Sandakan
mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak yang bersusah paya menghubungi
TV3 khususnya wartawan sensasi Karam Singh Vallia dan krew-krewnya sekali ke
Sandakan khanya di  Batu Sapi untuk
merakamkan kerosakan jalan tersebut yang  telah menjadi isu panas di kalangan para
pengguna,  Syabas TV3  kami ucapkan kerana membatu kami di disini.
 
Bagi pandangan saya kalau hal ini sudahpun
didedahkan di kaca TV3  sendainya tiada
reaksi dan tindakan drastic diambil oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan
persekutuan jangan salahkan rakyat kalau pada PRU 14 nanti mereka tidak
mengundi calun-calun BN  sebaliknya
memberi unding calon-calon pembangkang.
Sudah beberapa kali saya menyiarkan
masalah ini di portal sama ada di Sabahkini.Net mahpun di portal Free Sandakan
Today.,com saya tidak pernah memburuk-burukan kedua-dua  pemimpin 
di Kawasan Batu Sapi dan Sekong iaitu ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin
Yahya dan Ahli Parlimen Batu  Sapi Datuk
Linda Tsen Thau Lin sebab kita  tahu
projek  yang dianggarkan menelan kos RM26
juta itu sebenarnya  bukan di bawah
peruntukan MP dan ADUN ini adalah
peruntukan kerajaan persekutuan dan dibawah selia Jabatan Kerja Raya.
Jalan terbaik sekiranya rakyat tidak puas
hati terhadap kerja-kerja pembikinan jalan tersebut walaupun kos amat tinggi
tetapi dari segi pelaksanaannya dan struktur pembinaan  tidak mengikut spesifikasi  yang telah ditetapkan  lantaran mereka boleh buat aduan rasmi ke
pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) suruh siat terperinci dan
cari siapa Main Contractornya dan cari juga siapa Sub Contractor yang
bertanggungjawab terhadap projek ini belumpun sampai dua tahun sudah berlubang
disana sini. 
 Marilah kita sama-sama tunggu apa kah reaksi dan tindakan pihak kerajaan selanjutnya terhadap kerosakan Jalan Batu Sapi yang semakin genting ini yang menyusahkan kepada semua rakyat khususnya penduduk yang tinggal diperkampungan dan taman-taman perumahan zon  Batu-Sapi
.jpg)


No comments:
Post a Comment