Written
by Admin
Sunday
January 05. 2014
 OLEH: AZMI AZMAN
KOTA
KINABALU:-
Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong (Gambar)  turut sedih dan simpati terhadap 30 keluarga
yang ditimpa musibbah dalam tragedy kebakaran  di Kampung Bakau Batu 2 Jalan Utara Sandakan
awal pagi tadi yang membabitkan 14 buah rumah kayu. 
Noraini yang kini berada di Kota Kinabalu  menghadiri Mesyuarat EXCO Wanita UMNO negeri petang ini ketika dihubungi
oleh Pegawai Akhbar Pribadinya Saimon S Jumadi (SSJ)  sebentar tadi dan 
menyatakan beliau turut simpati  dan rasa sedih dan berdukacita  
terhadap  nasib mangsa-mangsa yang telah ditimpa musibbah dan diharap mereka
bersabar ini kejadian seumpama  ini
semuanya  ada hikmah disebaliknya. 
Katanya lagi pihak Wanita UMNO Sandakan akan
menemui kepada mangsa-mangsa berkenaan sekembalinya nanti dari Kota Kianabalu nanti dan akan memberi bantuan seberapa yang mampu.
“Saya akan aturkan kepada pegawai-pegawai
saya untuk mendapatkan nama-nama mereka yang terbabit dalam tragedy kebakaran
tersebut  ini untuk memudahkan pihak
Wanita memberikan bantuan yang diperlukan” ujarnya.
 
No comments:
Post a Comment