Friday, 10 January 2014

JAKIM DIMINTA SIASAT MINUMAN HARAM TIN CARLSBERT DIBUBUH TANDA LOGO HALAL



Written by Admin
Friday January  10,2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Beberapa orang  saudara Islam khusunya yang kaki minum arak telah dikejutkan apabila menemui  tin minuman beer Carlsberg terdapat logo halal .

Perkara ini telah menjadi isu diseluruh negara macam mana minum haram seperti beer Carlsberg itu telah diletakan tanda halal oleh pengilang.

Jabatan  Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)  harus menyiasat perkara ini dan harus dipandang serius kerana ini seolah-seolah negara kita membenarkan mana-mana kilang pembininan minuman haram dihalalkan.

Bagi sesetangah saudara Islam  yang sememangnya kaki botol kaki minum arak dan kaki mabuk   mereka tidak mengambil kisah sangat bagi mereka ini merupakan satu rahmat kerana dengan tiba-tiba minuman arak dalam tin telah dibubuh logo halal.

Kalau perkara  ini telah diketahui oleh JAKIM lantas tidak menyiasat  fenomena ini sudah tentu memberi gambaran nagatif  di kalangan bukan Islam bahawa sekarang  orang Islam dibolehkan minum arak tidak dikenakan sebarang tindakan.

Wartawan Free Sandakan Today.com telah menemui beberapa orang saudara Islam yang namanya tidak mahu disiarkan turut mengutuk dan mendesak kepada Jabatan Agama Islam supaya  membuat siasatan dengan terperinci dan selanjutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kilang pembikinan minuman Beer jenama Carlsbert

No comments:

Post a Comment