Friday, 3 January 2014

SINDIKET CURI KERETA DI SANDAKAN SEMAKIN MENJADI-JADI SUSAH UNTUK DIBANTERAS SEMAKIN BERLELUASA


Written by Admin
Jumaat 3 Januari 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN Sejak kebelakangan ini sindiket mencuri kereta di daerah Sandakan semakin menjadi-jadi dan ramai para pemilik kereta menjadi mengsa curi.

Free Sandakan Today .com telah difahamkan kumpulan sindiket  curi kereta mereka ada hubung kait dengan pengusaha-pengusaha beberapa bengkel tertentu termasuk agen-agen  menjual kenderaan.

Salah seorang penduduk Kampung Tinusa 2 yang hanya dikenali sebagai Sulaiman Radji memberitahu yang dipernah kehilangan kereta kira-kira setahun yang lalu sekali kejumpaan keretanya berada di salah sebuah bengkel kereta di batu 3 Jalan Utara.

“Beberapa orang pekerja bengkel berkenaan menceritakan  13 peratus kereta-kereta yang diperbaiki di bengkel berkenaan semuanya kereta curi dijual dengan harga ternahal RM2,500.00 “ Kata  Sulaiman.

Saya minta tambah Sulaiman agar para pemilik kenderaan agar memasang alarm dan kunci dengan sebaik-baiknya kerana sindiket mencuri kereta di Sandakan paling membimbangkan pihak polis pun gagal membanteras sindiket ini kerana mereka cukup licik dan kebanyakan mereka yang terlibat mencuri kereta 80 peratus adalah mekanik yang mahir dalam selok belok membuka kunci kereta” tegasnya



MANGSA.....ini salah satu kereta yang baru dicuri Prota Saga  Aeroback
 warna Silver no Pendaftaran SS 4746K dan sesiapa yang terlihat kereta ini anda boleh menghubugi H/P 014-658 2040 Malande Hajat



No comments:

Post a Comment