Written by Admin
Saturday January 11,2014
OLEH AZMI AZMAN
BATU SAPI:- Ekoran kerosakan Jalan Raya Batu Sapi yang
semakin kritikel dan sukar untuk dilalui oleh kendaran kecil lantas segelintir
penduduk yang marah dengan Wakil Rakyat Sekong dan Ahli Parlimen Batu Sapi
kerana didakwa telah gagal mengatasi masalah tersebut mereka berpiket
di tepi jalan sambil memegang poster
yang bertulis BN/UMNO BOHONGI RAKYAT.
Kerosakan Jalan Raya Batu Sapi sudah
lama dan dibiarkan begitu saja tiada sesiapa pihak yang bertanggungjawab untuk
membaik pulih jalan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa kebencian terhadap pemimpin BN/UMNO kerana mereka
seolah-olah dikhianati.
Projek Pembinaan Jalan batu Sapi yang bermula sejak tahun 2010 lagi yang
dianggarkan menelan kos RM26. Juta telah diberikan sub contractor kepada bukan kontrak bumiputera oleh
kontraktor asal.
Yang paling menyedihkan projek
pembinaan bagi melebarkan Jalan tersebut
belum sempat setahun sudah rosak berlubang disana sini ini menampakan bahawa
kontraktor yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja pembinaan ini tidak telus
mahu mencari keuntungan lebih sedangkan projek
lansung tidak berkualiti.
Rakyat di kawasan Batu Sapi tidak seharusnya patut menyalahkan bulat-bulat kepada kedua-dua
pemimpin iaitu ADUN Sekong Datuk Hj
Samsudin Yahya dan Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin kerana
kedua-dua pemimpin ini telah berusaha untuk mencari dana bagi menyelesaikan
masalah tersebut
Apa yang penting penduduk yang tidak
puas hati terhadap pembinaan projek tersebut buat lapuran rasmi bertulis kepada
pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) minta mereka menyiasat dan
cari siapa main contractor asal sebanarnya
panggil kepajabat jalankan sesiatan.
Tambahan pula kini musim hujan lantas jalan tersebut mudah dilanda banjir kilat dan
ini sudah tentu menyusahkan penduduk setempat untuk berulang alik dengan
menggunakan kereta kecil.
Jalan terbaik buat demontrasi secara
aman desak dan minta pihak SPRM cari siapa pemilik sebenar lesen kontrak iti dan siapa main contractor asal
tahan dua hari dilokap untuk memudahkan pihak SPRM menjalankan siasatan rapi.
Mereka yang mendapat untung besar berjuta-juta ringgit hasil komesyen projek
tersebut namun rakyat Batu Sapi yang
menderita sehingga kedua-dua pemimpin kena padahnya
No comments:
Post a Comment