Written by Admin
Saturday 25 January 2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO LEONG CHOW CHU
SANDAKAN:
Kerajaan Barisan Nasional (BN) komited untuk terus membantu rakyat
jelata untuk meningkatkan taraf dan mutu hidup rakyatnya terutama sekali
tinggal dipersisiran pantai dan daratan.
Kerajaan memang prihatin dan sentiasa mencari penyelesaian
untuk mengatasi pelbagai masalah yang
dihadapi oleh rakyat disetip sudut ,” kata Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda
Tsen Thau Lin sejurus selepas
menyampaikan bantuan peralatan kepada nelayan dan petani dibawah program Majlis
Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) di sini kelmarin dulu.
Pelbagai program dilaksanakan oleh Kerajaan untuk
membantu rakyat khususnya dalam meningkatkan sosio ekonomi penduduk di luar
bandar, tambah Linda.
Justeru itu, beliau berharap para penerima akan
menggunakan peralatan yang diberi itu dengan sebaik-sebaiknya bagi tujuan meningkatkan
hasil-hasil tani dan hasil angkapan laut.
Seramai 71 nelayan telah menerima bantuan payung
manakala 43 penjaja lainnya telah menerima meja untuk menjual hasil-hasil
mereka di Pasar Tanah Merah di bawah program MPPP Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani.
Turut hadir Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli
Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.
No comments:
Post a Comment