Written by Ademin
Sunday January
26,2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Umat Islam di Sandakan khususnya
di Taman Mesra supaya sentiasa menanam sifat nilai-nilai murni dan jati diri untuk bermaufakat disamping dapat mengamalkan gaya hidup sebagai insan seorang muslim
Sebenarnya Islam ini mudah jika segala
ajaran-ajarannya kita amalkan yang penting jangan langgar akidah hukum hakam dan rukun Islam Islam tidak melarang
umatnya bebuat sesuatu asalkan tidak
bertentangan dengan ajaran Islam
sebenarnya.
Perbanyakan buat ibadah Solat dan sembayang
itu wajib kerana ia merupakan tiang agama, buat amal jariah sering bersedekah,
berzakat membantu kepada orang-orang yang memerlukan pertolongan ini juga
merupakan satu ibadah.
Timbalan Yang Dipetua USIA Negeri Sabah Tan Sri Hj Ampong Hj Puyon
berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Gunting Rambut Beramai
Ramai sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran Jawatankuasa Masjid Saidina Ali Abi Thalib Taman Mesra dekat sini
pagi tadi.
Ampong yang juga Ketua Bahagian UMNO Sandakan
menyeru umat Islam bersatu demi
menegakkan Islam agar tidak dikutak katikan oleh golongan lain.
Katanya program bergunting rambut
beramai-ramai seperti yang diadakan pagi ini ia merupakan satu suntikan
semangat kepada penduduk Islam khususnya di
Taman Mesra untuk menjalinkan
keharmonian dan bersatu padu dalam mewujudkan siratulrahim yang jitu antara sesama
sendiri.
Selain ia dapat memupuk semangat setia kawan
tambah Ampong ia juga dapat mengelakan beban yang ditanggung oleh para ibubapa
kalau nak mengadakan majlis seumpama ini bukan sedikit belanjanya kalau setakat
dua tiga ratus memang tidak memcukupi.
Jadi dengan melalui majlis berkelompok sebegini kita dapat berjimat cermat dan saya
difahamkan oleh pihak penganjur setiap peserta hanya membayar RM20,00 sahaja
dengan satu kotak telur ayam yang berisi 30 biji ” katanya.
Turut hadir sama Ketua USIA Bahagian Sandakan
Datuk Hj Alipuddin KK Hj Puyon, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Muhd Hj Utung
dan AJK USIA lainnya.
Untuk menyerikan suasana majlis tersebut para hadirin dihiburkan
persembahan lagu-lagu nasyid, syarahan Agama dan bacaan Berzanzi dan majlis
gunting rambut tersebut telah disertai 40 kanak di bawah umur 2 tahun.
No comments:
Post a Comment