Written by Admin
Friday Januari 03, 2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
ELOPURA:-
Tindakan pihak Majlis Perbandaran Sandakan
(MPS) yang mengendalikan kerja-kerja penyenggelaraan bagi membersihkan semua tangki air yang melibatkan keseluruhan
57 blok di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra dua minggu lalu merupakan
satu tindakan yang patut dihargai oleh semua penduduk terbabit kerana
mengambil kira menjaga kebajikan para
penduduk berkenaan.
Tetapi amat mendukacitakan dan malang sekali setelah kerja-kerja penyenggelaraan selesai
bukan pula semua tangki yang dicuci itu bertambah baik namun sebaliknya bertambah buruk semua tangki yang ada di 57
blok itu yang diletakan diatas bumbung rumah mengeluarkan air melempah ruah mengalir kebawah sudahlah begitu tiada
sesiapa yang mahu ambil peduli walaupun fenomena ini telah menjadi kemarahan di
kalangan semua penduduk terbabit.
Ahli Parlimen Sandakan (DAP)
Stephen Wong yang dihubungi dan di maklumkan
mengenai hal tersebut bergegas datang Taman Mesra pagi tadi bersama-sama rombongannya bagi meninjau
keadaan sebenar memang ternyata semua blok yang ada di Taman Mesra
terlibat dalam perkara yang sama.
Beberapa penduduk yang
sempat menemui Wong antaranya salah seorang penghuni Blok 29 Lot 2D yang dkenali sebagai Sabturi
Sardi menjelaskan selain tangki air dibloknya menjadi masalah bahkan saluran najis juga turut bermasalah kerana
bocor di sana sini sudah bertahun-tahun lamanya langsung tidak diambil peduli
oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan.
Wong juga telah meninjau dan
memeriksa saluran parit yang tersumbat oleh sampah sarap dan menyebabkan air
bertakong dan ini juga tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Kata Sabturi ekoran kegagalan
pihak MPS membersihkan saluran-saluran parit yang dipenuhi oleh sampah-sampah penduduk
Taman Mesra kerap kali dijangkiti wabak demam denggi berdarah dan banyak yang sudah
mampus (meninggal Dunia) inipun pihak MPS langsung tidak memperdulikannya.
“Tetapi kalau penduduk yang
gagal membayaran sewa bulanan selama tiga bulan berturut-turut rumah
terus dikunci/sita sambil membawa polis
bersenjata menghalau penghuni tak ubah seperti anjing dan binatang mereka buat
langsung tiada rasa perikemanusian dan begitu kejam.
“Dan kalau kita buat aduan
dipejabat MPS mengenai masalah yang terdapat di Taman Mesra malah para pegawainya
cakap kalau kamu tak suka atau tak selesa tinggal di PPR Taman Mesra lebih bagus keluar saja : ujarnya.
Bercakap kepada Wartawan
Free Sandakan Today.com Wong meminta
pihak kerajaan khususnya Majlis Perbandaran Sandakan supaya menyelesaikan
segala masalah yang dihadapi oleh
penduduk Taman Mesra bukan saja masalah tangki air bahkan masalah kebersihan
alam sekitar perlu diambil kira dan
dipandang serius seperti saluran-saluran parit tersumbat perlu diatasi segera
kerana ini tempat menternak bagi pembiakan nyamuk Aedes.
“Apapun kata Wong pihak
Pejabat Ahli Parlimen Sandakan akan mengutus surat rasmi kepada pihak MPS untuk
memaklumkan mengenai masalah yang sedang dihadapi oleh penduduk Taman Mesra .
Kata seorang penduduk Blok
16 yang tidak mahu disebut namanya juga turut mendakwa sekiranya pihak MPS
terus membiarkan dan tidak mengambil tahu khususnya tidak mahu membersihkan
saluran parit yang bertakong kemungkinan ramai penduduk Taman Mesra jadi Arwah (Mati) dijangka 80 peratus terkena jangkitan wabak demam
denggi berdarah
No comments:
Post a Comment