Wednesday, 29 January 2014

YAYASAN SABAH TAWAU BUANG KERJA 200 ORANG PADA FEBRUARI 2014



Written by Admin
Wednesday 29 January 2014

OLEH:  WILLIAM GILBERT TEO



TAWAU:- Seramai 200 pekerja Yayasan Sabah Tawau yang membabitkan pelbagai jawatan akan diberhentikan serta merta berkuatkuasa pada  bulan Februari ini.

Free Sandakan Today mendapat  maklumat semalam  melalui orang dalam Yayasan Sabah Tawau yang tidak mahu namanya disiarkan di portal ini menjelaskan mereka yang terlibat dibuang kerja 90 peratus  semuanya mempunyai keluarga dan tidak diberi pampasan  hanya  diberi sebulan gaji  sahaja.

Apa kah nasib seramai 200 itu bila mana tidak mempunyai sebarang pekerjaan setelah nanti dibuang kerja oleh pihak Yayasan Sabah  Tawau.

Menurut sumber itu lagi mereka hari ini akan mengadakan pertemuan di  Hotel Emas Tawau  pada jam 9.00 pagi ini untuk menerangkan keputusan pihak kerajaan khususnya Yayasan Sabah yang membuang kerja kepada pegawai dan kakitangannya tanpa sebab musabab itu.

Kata  sumber itu lagi ini juga merupakan satu penindasan pihak kerajaan Barisan Nasional  bukan pula menyenangkan rakyatnya supaya hidup senang ini pula menjadikan rakyat bertambah susah.

“Sepatutnya kerajaan khususnya pihak Yayasan Sabah sebelum membuang kami terlebih dahulu memberi tempoh selama 3 hingga 6 bulan untuk membolehkan kami mencari pekerjaan lain untuk menyara kehidupan keluarga kami yang masih ramai kami tanggung banyak anak-anak kami bersekolah siapa nanti yang mahu kasih duit sama kami kalau kami tidak mempunyai sebarang pekerjaan” ujar sumber itu lagi.

Ini jelas pada PRU 14 nanti rakyat Sabah terang-terang akan menolak kerajaan BN mungkin hanya PATI dari Indonesia dan Filipina yang mendapat Kad Pengenalan bernombor H.035XXXX dan H.050XXXX ini yang masih setia kepada kerajaan BN/UMNO kerana mereka benar-benar di pelihara oleh kerajaan BN yang diibaratkan anak emas dan mereka ini juga  Fixsed Deposit BN/UMNO setiap menjelangnya pilihanraya kepada calon-calon BN/UMNO.



No comments:

Post a Comment