Wednesday, 22 January 2014

JAMBATAN LORONG 8 KG SIM-SIM RUNTUH LAGI DAN LORONG 9 DAN 10 BAKAL MENYUSUL RUNTUH



Written  by Admin
Wednesday 22 January 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

TANJUNG PAPAT:- Pembinaan Jambatan Kongkrit  bermula dari jambatan lorong 1 sehingga lorong 24 di Kampung Berhala Darat Sim-Sim dekat sini  yang dianggarkan setiap satu lorong Jambatan menelan belanja RM300,000 dan keseluruhannya berjumlah RM12 juta  nyata memang tidak berkualiti dan ini satu pembaziran wang rakyat.

Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong berkata demikian kepada Wartawan Free Sandakan Today.com sejurus selepas beliau bersama Pegawai Khasnya Amsi Liew membuat lawatan ke jambatan dilorong 8  yang telah runtuh  sejauh 20 kaki.

Menurut seorang penduduk Kampung berkenaan yang hanya dikenali Nasib tragedy jambatan runtuh sejak dua hari lalu mujurlah  dalam insiden tersebut  tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
  
“Saya amat rasa kecewa projek pembinaan  jambatan tersebut yang menelan RM12 juta itu nyata tidak berkualiti belum sampaipun usia setahun  banyak yang mahu runtuh yang pertama di lorong jambatan 2 dan tadi saya diberitahu kemungkinan jambatan lorong 9 dan 10 akan menyusul runtuh pada masa terdekat ini” ujarnya.
 
Wong berkata lagi disebabkan keadaan beberapa batang jambatan lainnya  yang dikatakan tidak selamat kerana  terdapat retak di sana sini  ini  jelas akan membayakan kepada pengguna lantas beliau meminta kepada pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat membaik pulih keatas  jambatan-jambatan yang terlibat dalam beberapa kerosakan  tersebut.

Dalam pada itu Wong rasa bersyukur kerana tiada  seorang pendudukpun yang  ditimpa kemalangan  ekoran jambatan runtuh tersebut.

No comments:

Post a Comment