Written by Admin
OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:- Pergerakan
Wanita UMNO Bahagian Sandakan akan
mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasanya bagi kali kedua pada 18 Januari ini
bertempat di Pejabat UMNO Bahagian Sandakan.
Mesyuarat yang akan
bermula pada jam 8.30 pagi itu akan dipengerusikan sendiri oleh Noraini Sulong
selaku Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan.
Noraini
memberitahu kepada Pegawai Akhbar
Pribadinya Saimon S Jumadi tujuan Mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan beberapa perkara penting
antaranya ialah mengenai program dan aktiviti-aktiviti Pergerakan Wanita untuk
tempoh tahun 2014 ini.
Selepas
saja selesai mesyuarat tersebut Noraini bersama-sama rombongannya yang terdiri
daripada AJK Wanita UMNO Sandakan akan melawat sambil menghulur sedikit bantuan
kepada mangsa-mangsa terbabit tragedy kebakaran
Kampung Bakau.
Ini adalah
tanggungjawab kami sebagai pemimpin khususnya diperingkat Pergerakan Wanita UMNO Bahagian untuk
membantu yang termampu kepada sesiapa
saja rakyat tidak kira siapa mereka yang ditimpa musibbah bagi mendapatkan
bantuan yang diperlukan” ujarnya.
Noraini
yang kini berada di ibu negara dijangka akan kembali ke Sandakan pada 17
Januari ini bersamaan hari Jumaat.
Tambahnya lagi semua AJK Wanita UMNO berkenaan yang telah menerima surat jemputan mesyuarat tersebut dimestikan hadir kemesyuarat itu pada tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan itu
No comments:
Post a Comment