Written by Admin
Wednesday January 15, 2014
OLEH: CHARLES P
ANDIANG


Dalam mesajnya wong meminta semua ahli-ahli
DAP di Sandakan termasuk diperingkat negeri agar dapat menjalinkan
hubungan baik antara satu sama lain demi
perpaduan dalam parti ini bagi menjamin kestabilan keharmonian dan menguatkan jentera-jentera
parti khususnya bagi menghadapi pilihanraya
umum ke 14 (PRU-14) akan datang nanti.
Dalam perkembangan yang berkaitan pada sesi konvensyen DAP baru-baru ini di Kota
Kinabalu kata seorang ahli DAP iaitu
Dayang Zubaidah Datu Tahil Pengerusi Cawangan DAP Kampung Berhala Darat Sim-Sim
Sandakan yang turut hadir sama pada konvensyen itu antara lain menjelaskan Parti DAP bukan saja di
Semenanjung telah diterima oleh masyarakat Melayu bahkan di Sabah juga turut diterima rakyat bumiputera yang
berbilang kaum dan ini jelas semasa konvensyen tersebut hampir lebih 30 peratus
yang datangnya dari seluruh daerah telah menghadiri kongres tersebut.
“Parti DAP bukan DAP 15 tahun dahulu yang
memperjuangkan untuk kepentingan masyarakat cina sahaja tapi DAP sekarang adalah parti berbilang kaum
dan memperjuangkan hak asasi semua kaum yang ada di negara ini termasuk Cina,
Melayu dan India dan perjuangannya semakin hari semakin diterima oleh kaum bumiputera” jelas Dayang.
Dalam pada itu seorang lagi penyokong kuat
dan ahli UMNO Kinabatangan yang kini
telah memegang jawatan dalam Parti DAP sebagai Pengerusi Cawangan DAP Jambatan
4 Kampung Sim-Sim iaitu Basith Hj Osman (gambar) turut hadir sama pada
konvensyen tersebut.
Ini membuktikan bahawa DAP semakin hari
semakin diterima oleh rakyat pelbagai
kaum dan tidakm lagi menganggap bahawa DAP hanya memperjuangan untuk satu kaum
sahaja tetapi untuk semua bangsa di negara vini tanpa mengira siapa saja.
HADIR.....Kelihatan Basith Hj Osman hadir pada Majlis Makan Malam di Suria Sabah anjuran DAP sebelum Konvensyen DAP negeri Sabah diadakan
No comments:
Post a Comment