Written by Admin
Monday January 20,2014
OLEH:
SHAIMON S  JUAMDI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Golongan warga emas tidak  akan terpinggir untuk mendapatkan bantuan
daripada kerajaan  dan kebajikan mereka
terus terpelihara untuk meneruskan sisa-sisa 
hidup mereka.
Ketua Bahagian UMNO
Sandakan Tan Sri Hj Ampong KK Hj Puyon berkata demikian dalam ucapnya dimajlis
penyampaian sumbangan  wang tunai kepada
11 orang warga emas Kampung Berhala Darat Sim-Sim  sempena program Gotong Royong bagi membersihkan
kawasan keliling Surau Al-Firqan  Sim-Sim
pada  tengah hari tadi.
“Saya mahu aktiviti
sebegini tidak hanya setakat disini  saja
bahkan ianya   harus diteruskan kerana melalui gotong royong
seumpama ini menjurus bagi menjalinkan siratulrahim di kalangan umat Islam khususnya
kepada ahli-ahli UMNO zon Elopura dan Tanjung Papat” tegasnya.
Semasa diwawancara
oleh Free Sandakan Today.com berhubung dengan kenaikan harga barangan Ampong
turut marah kepada para peniaga kerana dengan sesuka hati menaikan harga
barang-barang keperluan yang membelakangi arahan pihak kerajaan.
Terdahulu dalam
ucapan alu-aluan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong berkata
tujuan mengadakan gotong royong tersebut selain untuk memupuk siratulrahim di
kalangan penduduk setempat ia juga untuk 
menjalinkan kerjasama  yang erat
di kalangan ahli-ahli Wanita UMNO Sandakan yang melibatkan Zon Elopura dan
Tanjung Papat agar tidak timbul jurang berbezaan antara satu sama lain.
“Saya sebagai Ketua
Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang telah dipilih  oleh para perwakilan pada pemilihan lalu akan
terus bekerja sama dengan semua ahli-ahli UMNO bukan saja diperingkiat Bahagian
bahkah sehingga ke akar umbi demi memperkasakan perjuangan UMNO Sandakan bagi
memastikan kerusi Parlimen Sandakan dapat ditebus kembali pada PRU 14 nanti ini
adalah sasaran  dan misi utama perjuangan
kita.” Ujarnya.
Katanya lagi jalinan
mesra semangat teloransi di kalangan ahli-ahli UMNO Wanita yang merupakan  tulang belakang Bahagian harus dipupuk dan
disemai ini bagi  mewujudkan semangat
jati diri untuk menggembling tenaga bagi menguatkan jentera parti untukmenghadapi PRU 14 nanti yang akan diadakan
selewat-lewatnya  pada 2016.
Noraini juga
mengucapkan terima kasih kepada pihak JASA kerana sentiasa memberikan kerjasama
sepenuhnya setiap program Wanita UMNO Sandaka yang dilaksanakan  dengan jayanya.
Turut hadir pada
program tersebut  Timbalan Pengarah JASA
Hjh Zaitun Abdul Hamid, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Hj Utung
@ Abdul Hamid dan Naib Ketua Bahagian UMNO Sandakan Datuk Haji Alipuddin KK Hj
Puyon.
Sebagai pengisian
program tersebut selain memberikan sumbangan kepada Warga Emas ia juga disusuli
oleh pembahagian bubur lambuk dan program ini diadakan sempema sambutan
Maulidur Rasul Nabi Muhamed SAW.

No comments:
Post a Comment