Written
by Admin
Tuesday
21, January 2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI

Kata Wong tindakan pihak kerajaan khususnya
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyaman para peniaga terbabit adalah
tidak wajar kerana ini semuanya berpunca daripada empat faktor ekoran kerajaan menaikan harga minyak petrol,
melupuskan subsidi gula, menaikan kadar tariff elektrik dan menaikan kadar gaji pekerja RM800.00
sebulan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2014 ini.
Walaupun pihak kerajaan telah menubuhkan satu
badan iaitu Jawatankuasa Bertindak Memantau Kenaikan Harga Barangan tambah Wong
sedikitpun tidak membawa kesan malahan ia merupakan satu penekanan dan
penindasan kepada para peniaga di negara
ini.
Wong berkata bila harga minyak naik maka kos
mengangkutan juga turut dinaikan mana ada peniaga mahu menanggung rugi, jadi untuk mengimbangkan harga barang
seimbang lantas para peniaga terpaksa menaikan harga.
Wong berkata demikian kepada Wartawan Free
Sandakan Today.com sejurus selepas mengagih-agihkan Kad Ucap Selamat Tahun Baru
Cina (Gong Xi Fa Cai-Kong Hee Fatt Choy) di beberapa pasar umum di sini kelmarin.
Wong banyak menerima aduan daripada pengguna dan juga peniaga ekoran tindakan kerajaan
menaikan harga barangan keperluan yang tinggi sehingga membebankan pengguna
terutama sekali kepada masyarakiat cina yang bakal menyambut tahun baru cina
pada 31 Januari ini.
.jpg)
Gaji pekerja, kos tariff elekitrik, bayaran sewa primes dan kos pengangkutan semua pendapatan daripada hasil jualan merangkumi dalam jumlah ini kalau hanya untung
RM1,00 setiap satu item dan 70 peratus
sudah ditolak untuk membayar seperti
yang disebutkan itu dan sisanya tinggtal 30 peratus kita mahu makan apa” jelas
seorang peniaga yang hanya dikenali Mr Lee yang mengadu hal ini kepada
Wong
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment