Written by Admin
Wednesday February 26, 2014
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Sebahagian Rakyat seluruh negara ini baru saja menerima BR1M
RM650.00 bagi fasa pertama daripada
kerajaan sama ada menerima melalui Bank masing-masing mahu pun baucer .
Bagi mereka yang telah mendapat keistimewaan
daripada kerajaan khususnya BR1M memang cukup gembira kerana mendapat rezeki
nomplok (rezeki bergolek).
Tetapi bagi mereka yang tidak mendapat BR1M
tersebut bagi yang tidak layak kerana bergaji besar atau terdiri daripada
golongan kelongmerat (Jutawan) mereka telah akur kalaulah itu keputusan dan
dasar kerajaan.
Cuba lihat dua orang cina ini duduk nongkrong
(duduk bercangkung) di penjuru kedai
minum wawasan 2020 Bandar Kim Fung
sambil menadah tangan minta sedekah dan bagi orang yang simpati mereka tidak
sampai hati walaupun hanya RM1.00 mereka memberinya, mana kala mereka yang
sombong angkuh sudahlah tidak memberi malahan di maki hamun diludah lagi
Prilaku kedua orang ini yang saban hari minta
sedekah kepada orang ramai telah menjadi satu cemohan kenapa mereka tidak diberikan
BR1M adakah dua orang masyarakat cina ini tidak layak atau bukan seorang
warganegara Malaysia.
Jika dilihat dan dibandingkan orang-orang
yang digelar warga penyu begitu istimewa diberikan keutamaan contohnya bangsa
Pakistan terang-terang data dalam kad pengenalannya dilahirkan di Beluran, Kuala
Sapi ada yang dilahirkan di Kuamut namun satu patah haram mereka tidak bisa bertutur dalam bahasa sungai atau dusun tetapi mereka layak memohon BR1M.
Sampai bila rakyat tempatan terus menjadi
pengemis ataupun jadi peminta sedekah ditempat sendiri adakah wakil-wakil rakyat BN yang sebangsa dengan dua orang ini mempunyai rasa belas ihsan dan akan
mencari jalan alternative bagi membantu
agar mereka juga akan mengecapi kehidupan sedikit kesenangan seperti insan-insan
lain atau dibiarkan begitu saja jawapan ini
semuanya terletak ditangan
wakil-wakil kerajaan yang ada sekarang.
No comments:
Post a Comment