Written by admin
Friday April 18 2014-04-18
DARI MEJA PENGARANG KANAN FST
SAIMON S JUMADI
PENGLIBATAN kegelanggang politik Nazmahwati
Walli anak jati Semporna dan merupakan seorang wanita muda yang berwawasan jauh
berpendidikan tinggi dan berjiwa rakyat harus diberikan peluang untuk
meneruskan  bagi menerajui kepimpinan
Parti KeAdilan Rakyat (PKR)  khususnya di
daerah Semporna.

Para penyokong PKR khususnya ahli-ahli PKR
bukan saja diperingkat Cabang, Ranting bahkan hingga keakar umbi harus
memberikan sokongan padu kepada Nazmahwati untuk memimpin PKR daerah Semporna
untuk sesi 2014/2017 dan tarikh 3 Mei ini adalah tarikh keramat sebagai penentuan
untuk Nazmah menjawat-jawatan  sebagai
Ketua Cabang Semporna.
Perwatakan Nazmah yang lemah lembut dan tidak
suka bercakap besar senang dijumpa tidak kira siapa saja membuat rakyat dan
para penyokong PKR Semporna begitu disenangi ramai.
Semasa Nazmah menjawat jawatan Ketua Srikandi
PKR Semporna  selama satu penggal penglibatan
dan perjuangannya kepada PKR tidak mengenal hujan dan panas beliau rajin masuk
kampung keluar kampung yang terletak dipersisiran pantai kepulauan di Semporna.
Pada masa itu saya masih  menjawatan jawatan Ketua Biro Wilayah  Sandakan, Tawau dan Semporna dengan portal
online Sabahkini.Net turut serta mengiringi lawatan-lawatan Nazmah dan
rombongannya masuk keluar kampung  dan
kedatangannhya memang mendapat sambutan yang amat menggalakan.
Harapan  para penyokong PKR Semporna setinggi gunung Kinabalu
yang terlalu mengharap kepada pucuk pimpinan  PKR Pusat memilih Nazmahwati sebagai calon
PKR  bagi kawasan Parlimen Semporna
tetapi melincong jatuh ke tangan orang lain.
Soal menang atau kalah itu bukan persoalannya
yang penting coba dahulu barang kali rezeki belum menyebelahi Nazmah lantas
calon PKR pada PRU 13 lalu diberikan kepada orang lain namun tewas juga.
Para penyokong PKR Semporna  telah nampak sendiri bahawa Nazmah bukan seorang
wanita  yang mudah putus asa atau suka  merajuk walaupun niat dan hasratnya hendak
menjadi calon pada PRU 13 lalu tidak kesampaian namun Nazmah terus berjuang
dengan PKR sehingga ke hari ini.
Kecekalan dan ketabahan dan kesabaran hati
yang ada pada jati diri Nazmah  yang
terus berada  dalam kanca politik
khususnya di parti PKR ia menjurus 
memberikan keyakinan kepada semua rakyat di Semporna bahawa Nazmah
berpotensi sebagai seorang pemimpin wanita serba boleh jika diberi peluang kali
kedua ini pada PRU ke 14 nanti.
Harapan saya  dan merayu minta para penyokong PKR agar
mengundi calon Ketua Cabang PKR Semporna pada 3 Mei ini sebagai ala tuju dan
penentuan nasib Nazmah untuk memang jawatan Ketua Cabang PKR Semporna hanya
Nazmah sajan yang layak jadi  pemimpin
nombor 1 PKR di Semporna.

No comments:
Post a Comment