Written by Admin
Monday April 28.2014
SOROTAN DARI MEJA PENGARANG KANAN  FST
SAIMON S JUMADI
 GOBLOK PUNYA KERJA....Pihak polis harus tangkap orang ini kerana boleh menimbulkan kemarahan kepada para penganut agama Kristian terutama sekali Guru-Guru Kristian yang mengajar di SK dan SMK
MEMBURUK-burukan  atau menghina satu-satu agama dan bangsa lain
ia disifatkan sebagai orang yang tidak bertamadun ini menjurus menimbulkan
kemarahan, kebencian dan sekaligus boleh mencetuskan hura-hara.
Apa lagi di negara Malaysia adalah sebuah
negara di mana rakyatnya yang berbilang kaum dan keturunan dibebaskan menganuti
apa saja agama mengikut kepercayaan masing-masing walaupun agama Islam sebagai
agama  rasmi negara ini rakyatnya  tidak dilarang  untuk memilih 
mana satu agama yang mereka sukai.
Dalam pentadbiran kerajaan kita berkongsi
dengan rakan-rakan yang bukan segama,  selama ini 
tidak timbul pula masalah ramai rakan-rakan yang beragama Kristian
menjawat-jawatan sebagai guru sama ada di sekolah-sekolah mission atau sekolah
penun bantuan kerajaan khususnya  di
sekolah rendah dan di sekolah menengah 
tidak orang pertikaikan.
Kita
mahu tanya orang-orang yang suka mempertikaikan soal agama apa masalahnya apa
salahnya kalau seorang guru beragama Kristian mengajar di SK atau di SMK  coba tolong jelaskan.
Kenapa pandai-pandai buat cadangan hendak
menghapuskan guru-guru yang berkhidmat di Jabatan Pelajaran dan mengajar di SK
dan di SMK mereka tidak terfikir kah  perbuatan sebegini boleh melukai dan mengiris
hati seseorang khususnya mereka yang beragama Kristian.
Tahun lalu presiden PERKASA suruh orang-orangnya
bakar gereja diseluruh negara termasuk membakar bible yang menmggunakan Kalimah
Allah dibiarkan begitu saja  walaupun
perbuatan itu jelas racist sekarang ini pula timbul fenomena baru guru-guru
yang bergama Kristian akan dihapuskan dan tidak boleh mereka mengajar di
sekolah-sekolah kebangsaan mereka ingat dunia ini nenek moyang mereka punya,
buat sesuatu tanpa berfikir dahulu.
Orang yang bodoh sekalipun tidak berani
buat  perkara sebegini rupa kenapa  memandai-mandai membuat cadangan yang tidak
boleh masuk akal.
Pihak kerajaan harus mengambil
langkah-langkah khususnya pihak polis tangkap orang yang mahu membentuk
poraporanda ini  siasat apa tujuan yang
sebenarnya kenapa guru-guru bukan Islam khususnya  guru-guru Kristian hendak dihapuskan apa
maksud yang sebenarnya.
No comments:
Post a Comment