Written by Admin
Saturday February 8,
2014
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO:  SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:-
Keprihatinan seorang Ahli Koperat  yang
juga Ketua Wanita Bahagian UMNO Sandakan Noraini Sulong  yang menderma kepada Persatuan Bekas Tentera
Malaysia (PBTM) cawangan Sandakan melalui wang pribadinya sebanyak RM12,000.00
menerusi cek CIMB pagi tadi merupakan satu ibadah dan amal jariah kerana
memberikan ikhlas kepada mana-mana badan NGO yang memerlukan dana.
Bercakap
kepada  Wartawan Free Sandakan Today.com
yang juga selaku Pegawai Akhbar pribadinya (SSJ) sejrus selepas menyerahkan cek
tersebut kepada Pegawai Kerja PBTM cawangan Sandakan   Mohd Naib Abdullah di Ballroom Sabah Hotel
menjelaskan tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah khusus untuk membantu
bagi mengisi tanbung untuk dana PBTM untuk kegunaan aktiviti-aktiviti
persatuan  tersebut.
Katanya
mana-mana ahli korperat  di daerah
Sandakan adalah diminta supaya menghulur sedikit bantuan kepada PBTM Cawangan
Sandakan untuk membolehkan persatuan itu bergerak pantas untuk menganjurkan
pelbagai program.
Sehubungan
itu Naim bagi pihak PBTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada Noraini Sulong
kerana begitu prihatin terhadap PBTM 
atas kesudiannya memberi sumbangan kepada PBTM yang amat  tinggi nilainya.
DERMA.....Noraini menyerahkan cek RM12,000.00
derma untuk tabung PBTM kepada Naim sambil disaksikan oleh Mejer Jeneral Dato Hj Mohd Noor  Daud
No comments:
Post a Comment