By Admin
February 28, 2014
BY SANDY WONG
Elsie menyatakan dalam kes ini saksi telah
menyatakan bahawa tertuduh telah meminta wang daripadanya untuk pengeluaran
surat membalak
SANDAKAN : Ahli
Perniagaan,Chia Thien Foh atau lebih dikenali sebagai Micheal Chia dikenakan
hukuman penjara setahun dan satu sebatan selepas disabitkan bersalah
dalam skandal penipuan bernilai RM 2.5 juta sepuluh tahun lalu.
Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus semalam
memutuskan pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah
dan mensabitkan tertuduh bersalah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 420 Kanun
Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan.
Ketika memberi alasan penghakiman,
Elsie menyatakan dalam kes ini saksi telah menyatakan bahawa tertuduh telah
meminta wang daripadanya untuk pengeluaran surat membalak di mana salah satu
sebab ialah sebagai wang dana politik kepada parti
Umno.
Bagaimanapun menurutnya perkara ini sememangnya akan menjejaskan imej
parti politik tersebut kerana saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa Parti
Umno tidak memohon dana politik tersebut.
Pendakwaan SPRM diwakili oleh Timbalan
Pendakwa Raya, Joyce Blasius.
Mahkamah telah membenarkan permohonan peguambela tertuduh, Rowiena
Rashid untuk membuat penangguhan perlaksanaan hukuman sementara membuat rayuan
ke Mahkamah Tinggi.
Micheal Chia didakwa
telah cuba menipu Datuk Agus Hassan daripada Syarikat Peluamas Sdn Bhd pada
June 2004 dengan memperdayakan beliau untuk mempercayai bahawa terdapat tiga
syarat yang perlu dipatuhi bagi mendapat surat berkaitan operasi membalak
Coupe BW12/02; Extraction and Purchasing of Commercial Timber di Hutan
Simpan Kalabakan, Sabah iaitu:
I) Menyerahkan semula hak pembelian
balak sebanyak 100,000 meter padu yang ditandatangani pada 25 May 2004 kepada
Rakyat Berjaya Sdn
Bhd/Innoprise Corporation Sdn Bhd,
syarikat subsidiari kepada Yayasan Sabah;
Ii) Membayar RM3 juta kononnya untuk
tujuan dana politik kepada Parti Umno Sabah, dan
Iii) Membayar komisen RM 25.00 per
meter padu bagi setiap meter balak yang dikeluarkan Syarikat Peluamas Sdn Bhd
di Gunung Rara Forest Reserve (Benta
Wawasan Coupe).
Tertuduh didakwa telah secara curang cuba memperdayakan
Agus Hassan melalui Chong Siak Nyen untuk menyerahkan Surat Wakil Kuasa
bertarikh 22 June 2004 yang telah menyerahkan semula hak pembelian balak
sebanyak 100,000 meter padu kononnya kepada suatu syarikat yang dimiliki oleh
Parti Umno Sabah dengan membayar RM 2.5 juta komisen kepada Parti Umno Sabah
kononnya sebagai dana politik.
Menurut laporan, Chia telah ditangkap
di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dan didakwa di
bawah AMLA dengan cuba menyeludup RM40 juta ke Malaysia pada tahun 2008.
Dilaporkan Chia telah memberitahu pihak
berkuasa Hong Kong, wang itu kepunyaan
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Tetapi pada Oktober 2012, SPRM berkata Chia tidak pernah ditahan di Hong
Kong.
No comments:
Post a Comment