Written by Admin
Monday 17 February
2014
OLEH: SHAIMON S
JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI
ELOPURA:-
Disebabkan kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran
Sandakan (MPS) bagi menangani kebersihan alam sekitar terutama
sekali di beberapa kawasan
perumahan seperti timbunan sampah tidak
diangkut kebocoran saluran pembentungan najis tidak dibaiki dan kesumbatan
saliran longkang atau parit air bertakong dibiarkan begitu saja ini akan
membawa kemudaratan kepada para penduduk setempat.
Beberapa masalah yang di biarkan begitu saja tanpa diambil peduli ramai penduduk
kawasan perumahan seperti yang berlaku sekarang di Sri Taman Flat blok 11,
Beatrice Apartment dan Taman Mesra 80 peratus akan menjadi korban nyawa atau
bahasa kasarnya mampus oleh kena jangkitan wabak kolera (taun) dan demam
denggie berdarah kerana lair bertakong adalah tempat pembiakan nyamuk
bersarang secara besaran-besaran.
Mungkin
tunggu ramai penduduk-penduduk terbabit mampus atau merihang barulah pihak kerajaan khususnya MPS mengambil
langkah-langkah dan tindakan drastic
untuk apa kalau semua orang sudah jadi korban atau arwah.
Cerita
ini bukan direka-reka namun sebaliknya reality di mana dua orang Pegawai Khas
daripada Pejabat Parlimen Sandakan (DAP) iaitu Amsi Liew dan Dayang Zubaidah
Datu Tahil yang dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berkenaan bergegas
pergi kebeberapa tempat antaranya Taman
Mesra, Beatrice Apartment dan Sri Taman Flat Blok 11 jelas terdapat kotoran,
parit tersumbat, pembentungan najis bocor tahi berkeluaran dari cela-cela
lubang tidak diselanggarakan dan main biar begitu saja sehingga menimbulkah
kemurkahan bukan alang kepalang kepada penduduk setempat.
“Mungkin
ini juga adalah dasar kerajaan baru yang diwarisi oleh Barisan Nasional (BN)
tunggu ramai yang mampus jadi korban nyawa akibat dijangkiti demam denggi
berdarah dan kolera baru para pegawai kerajaan yang diamanahkan makan gaji buta
barulah bertindak” Kata Dayang kepada Wartawan Panas dan Sensasi Free Sandakan Today.com
yang turut merakamkan gambar ditempat kejadian.
“Kita
hairan walaupun pegawai dan kakitangan kerap dimaki hamun di sumpah-sumpah oleh 70 peratus penduduk Sandakan mereka
macam tuli dan lali dan ekoran mereka yang langsung tidak bertanggung
jawab nanti kalau pihak pembangkang cakap di media-media hentam kerajaan mereka
mendakwa itu cuma andaian dan gimik politik tetapi yang berlaku di Taman Mesra,
Beatrice Apartment dan Sri Taman Flat blok 11
hari ini gimiklah bohonglah” tegas Dayang.
Kata
Dayang lagi jangan harap kalau calon-calon BN boleh rampas semula kerusi
Parlimen Sandakan sekarang rakyatpun sudah marah sama BN apa lagi kalau cina di Sandakan 90 peratus
sudah menolak kerajaan BN termasuk lain-lain bumiputera.
“Silap langkah
kawasan DUN Elopura dan Tanjung Papat pada PRU 14 ini akan jatuh ketangan
pembangkang kalau bukan PKR, DAP dan PAS, sebab sekarang ini cina di negara ini
termasuk Sabah dan Sandakan 80 peratus
masyarakat cina sudah menerima PAS begitu juga di negara ini termasuk Sabah dan
Sandakan 70 peratus masyarakat bumiputera sudah menerima parti DAP contohnya di
kawasan Tanjung Papat di Sim-Sim sudah mempunyai tiga cawangan DAP yang
dipimpin oleh saki baki ahli-ahli BN dan di kawasan Elopura mempunyai 2
cawangan” tegas Dayang.
Walau
bagaimanapun Amsi Liew yang mewakili Ahli Parlimen Sandakan merayu dan mohon
kerjasama pihak Pejabat Unit Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Elopura agar dapat
mengarahkan kepada pihak MPS untuk
memantau bukan saja di tiga kawasan yang disebutkan itu tetapi di kawasan-kawasan
lainnya juga perlu diambil perhatian
tentang penjagaan tahap kebersihan demi menjamin keselesaan dan kesejahteraan
suasana kehidupan rakyat yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment