Wednesday 5 February 2014

PENDUDUK TAMAN PO HING BATU SAPI HARI-HARI MAKAN DEBU JALANAN...DAKWA YUNIZAM



Written by Admin
Wednesday January 5, 2014

OLEH: CHANG TEN LOY &
GEORGE SAIMON S JUMADI


 PARIT TERSUMBAT....Nizam menunjukkan parit tersumbat kalau hujan mudah dilanda banjir kilat








BATU SAPI:-  Penduduk Perumahan Taman Poh Hing di Jalan Batu Sapi terus berhadapan dengan masalah kesihatan dan keselesaan hidup seharian apabila mereka setiap hari menelan dan mehirup debu jalan.

Menyifatkan “Masalah Tiga dalam Satu” ( 3in 1) wakil penduduk perumahan itu, Yulizam Yusof berkata selepas isu jalan rosak yang menjadi isu panas baru-baru ini di situ.

Katanya selepas  masalah jalan tersebut diambil perhatian oleh kerajaan,hari ini penduduk Taman Poh Hing berhadapan dengan masalah debu yang melampau hingga memudaratkan kesihatan penduduk.

“ Jalan yang di selenggarakan kontraktor telah menyebabkan wujud fenomena  debu yang mencemar kawasan perumahan kami,setiap hari penghuni di sini terpaksa berhadapan dengan debu-debu berterbangan  yang mencemar hingga ke dalam rumah”

“ Setiap hari penghuni perumahan  terpaksa membersihkan beranda rumah  dari debu-debu yang meleket di lantai ,malah kereta penduduk sentiasa diselubungi debu hingga mencalarkan badan kereta ketika dibersihkan”Katanya

Lokasi perumahan yang sangat hampir dengan jalan menyebabkan penghuni takut membuka tingkap dan pintu kerana debu-debu tersebut berterbangan masuk hingga ke ruang dapur.

Menurut Yulizam, masalah lain yang sudah berlarutan bertahun-tahun ialah system perparitan perumahan itu yang tidak pernah diselenggarakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyebabkan air bertakung.


Katanya,keadaan itu menjadi punca banjir kilat setiap kali hari hujan melanda kawasan berkenaan kerana system perparitah lebih 80 buah rumah di taman tersebut semuanya tersumbat.

“ Perparitan di sini tidak pernah diselenggarakan oleh MPS,sedangkan kami setiap tahun membayar cukai pintu dan lokasi perumahan ini masih dalam kawasan perkadaran MPS.”
“Semua Rumah di sini adalah teres tidak bertiang justeru akibat parit yang tersumbat bila hujan dalam masa 1 jam saja air longkang akan naik memasuki ke dalam rumah”Kata Yulizam.

Malah beliau turut mempersoalkan kegagalam PBT menyelenggara parit utama di sepanjang jalan Batu Sapi yang juga telah lebih setahun tersumbat tanpa penyelenggaraan dari kontraktor yang diberikan konsisi pembersihan di Kwasan berkenaan.

Kata selain kedua masalah tersebut,penduduk juga menghadapi masalah pencemeran bau busuk sisa pembuangan minyak dari kilang Sawit yang betul-betul berhadapan dengan perumahan berkenaan.

Beliau yang membawa Akhbar ini melihat sendiri keadaan taman perumahan itu kelmarin,mahu PBT mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu menyelesaikan masalah yang penduduk hadapi.

“Kami merayulah kepada PBT dan Jabatan Alam Sekitar membuat pemantauan  keadaan pencemaran Alam Sekitar di Taman Perumahan Poh Hing ini”

“Kerana penduduk sentiasa berhadapan dengan masalah kesihatan terutamanya batuk, Selesma dan sakit mata kesan dari pencemaran debu asap kilang dan bau busuk yang perpunca dari parit tersumbat dan sisa buangan kilang kelapa sawit di sini”Katanya.

Dalam pada itu tinjauan yang dibuat oleh Krew dan Wartawan Free Sandakan Today.com  ini mendapat segala rungutan dan keluhan penduduk memang ada asas kerana semua parit di perumahan itu tidak diurus dengan baik malah rumput rampai telah menutupi permukaan parit.

Selanjutnya  semua penduduk  Taman Po Hing mengucapkan terima kasih kepada Wartawan New Sabah Times Mustafah Mohd Hassan, Pengarang Kanan dan Wartawan Free Sandakan Today iaitu  George Shaimon S Jumadi dan Chang Ten Loy kerana sudi datang membuat tinjauan ke Taman Po Hing.

No comments:

Post a Comment