Saturday, 22 February 2014

WALAUPUN KITA PEMBANGKANG MESTI TOLONG RAKYAT YANG TERTINDAS OLEH MPS......WONG DAP

Written by Admin
Saturday 22 February 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

ELOPURA:- Kedegilan dan keangkuhan sikap  pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang langsung tidak mahu mendengar keluhan, rintihan dan tangisan para penduduk  Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra yang selama ini dibelenggu masalah dan kesusahan bukan saja dari aspek persekitaran kawasan bahkan mengenai air tangki yang keluar melimpah ruah sehingga membanjiri tangga dan sebagainya.
 
Ahli Parlimen (DAP) kawasan Sandakan Stephen Wong bersama Pegawai Khas I Amsi Liew dan Pegawai Khas II Dayang Zubaidah Datu Tahil  yang banyak menerima aduan daripada beberapa orang penduduk taman tersebut sekali lagi mereka membuat lawatan ke Taman Mesra untuk mengetahui apa sudah kesudahannya masalah mereka.

Ini jelas penduduk Taman Mesra semakin hari semakin tertekan walaupun  masalah tersebut sudah beberapa kali dilaporkan dan telah dilawati oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Elopura dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura beberapa hari yang lalu tetapi sehingga ke hari ini segala rayuan demi rayuan yang dikemukakan sendiri oleh Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura pun tidak diambil perhatian semua surat-surat yang dikeluarkan sama ada pejabat ADUN mahupun pejabat Parlimen yang diajukan kepada Presiden MPS  disimpan saja atau di campak ke dalam bakul sampah..
 
Salah seorang Ketua Blok 10 Taman Mesra hanya dikenali Roy @Hazalan Bakang  yang menemui  sendiri  Ahli Parlimen semasa lawatannya ke Taman berkenaan pagi tadi telah memaklumkan bahawa  di Taman Mesra ini dulu dan kini tiada penghujungnya terus dibelenggu masalah  namun tiada sesiapa yang mahu membantunya untuk menyelesaikan masalah ini.
  
“Kami penduduk Taman Mesra amat menghargai kedatangan Ahli Parlimen Sandakan (DAP) YB Stephen Wong dan dengan pegawai-pegawainya kerana bersusah paya dan sudi mendengar tangisan, rintihan dan keluhan penduduk ini yang ditimpa masalah  sehingga datang melawat untuk melihat sendiri  mengenai perkara yang sebenarnya berlaku” ujarnya.

Kata Roy lagi 100 peratus penduduk Taman Mesra adalah pengundi tetapi  pihak kerajaan tidak menghargai pengundi-pengundi dari Taman Mesra yang memberikan kemenangan calon-calon BN pada PRU 13 lalu dan kali ini pada PRU 14 kita kena fikir siapa yang kita mahu undi.

“Tidak dinafikan kata Roy kepada Ahli Parlimen Sandakan dan Pengarang Kanan Portal Free Sandakan Today  pihak Kementerian Kesihatan sering kali membuat semburan untuk menghalau nyamuk-nyamuk segala bapa,ibu, nenek dan kakek nyamuk  agar penduduk Taman Mesra tidak mampus dijangkiti demam denggi berdarah tetapi  tiada gunanya kerana air yang bertakong didalam parit yang tidak dibersihkan masih  lagi tempat nyamuk-nyamuk Aedes bertapa membiak secara besar-besaran.


Ini saja jalan terbaik sebab ADUN kerajaan sudah campurtangan untuk mengatasi masalah ini namun  pihak MPS yang tidak mengindahkan langsung kita harus mengutus surat melalui pejabat ADUN Elopura kepada Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri Malaysia jelaskan dengan terperinci bahawa para pegawai MPS hanya goyang kaki tidak mahu menyelasaikan apa juga masalah rakyat

Semasa lawatan Wong di bangunan blok 2 di mana air keluar mengalir dari atas tangki membasahi tangga didepan pejabat mini MPS yang diletakan ditingkat bawah dua orang budak  anak penduduk diblok  itu tergelincir dan terjatuh kepalanya terhempas diatas simen yang dipenui lumut.

Yang menghairankan kedudukan  air yang mengalir dari atas tangki itu benar-benar berada depan pejabat mini MPS kenapa para pegawainya langsung tidak mengambil tindakan insiden itu maka  didepan mata kepala mereka agaknya mata mereka sudah buta macam Kassim Selamat mereka ini sudahlah buta mata buta hati lagi.

Dalam pada itu Wong menjelaskan kepada penduduk berkenaan akan mengutus surat lagi kepada pihak MPS supaya tindakan dapat diambil.

Walaupun kami di pihak pembangkang kami juga mempunyai tanggungjawab untuk membela rakyat yang terus terhimpit dan tertindas oleh perbuatan pihak MPS kita juga punya  hati dan perasaan mereka adalah manusia bukannya binatang, sedangkan binatangpun kita jaga dengan baik” katanya.



No comments:

Post a Comment