Written by Admin
Saturday 01 January
2014
I
SOROTAN DARI MEJA
PENGARANG KANAN (FST)
SHAIMON S JUMADI
SAYA
ingin membicarakan mengenai dua orang pemimpin anak muda di negeri ini Tawau
dan Sandakan yang boleh dijadikan
teladan baik oleh anak-anak muda di Sabah.
Datuk
Mohd Jeffry Rosman Presiden Kelab NGO Penyokong Kerajaan BN dan Fakarudin Tan
Sri Hj Ampong daripada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sandakan menjawat
jawatan sebagai Ketua Pemuda Bahagian.
Keberanian
kedua-dua pemimpin NGO dan Politik menegur dan memberi amaran kepada mana-mana
pihak yang dianggap sebagai pelampau suka menimbulkan huru hara di dalam negara
terutama sekali isu penggunaan Kalimah Allah walaupun Perdana Menteri sendiri
sudah melonggarkan dan jangan ungkit atau bangkitkan isu tersebut tetapi masih
ada yang degil untuk mewujdkan pora poranda dalam negara.
Isu
Kalimah Allah di Sabah dan Sarawak orang sudah lali tidak mahu mempertikainya
kerana sebutan ini sudah diguna pakai sebelum Sabah dan Sarawak menerajui
kerajaan persekutuan.
Kenapa
zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Hussien, Tun Hussien
Onn, Tun Mahathir Mohd dan Tun Abdullah Ahmad Badawi isu Kalimah Allah tidakpun
ditumbulkan tidak ada orang yang memprotesnya PERKASA pada masa itu macam tikus
basah.
Tetapi
sekarang kenapa pula isu ini ditimbulkan sehingga berlakunya keganasan caci
mencaci hina menghina agama lain sehingga menyinggung dan menghiris hati orang
lain khususnya para penganut agama Kristian.
Sebelum
pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) lalu PERKASA begitu agresif dan menjadi dalang
untuk mempora porandakan sehingga Ibrahim Ali menyuruh membakar semua gereja
yang di negara ini termasuk membakar bible.
Mujurlah
ahli-ahli PERKASA walaupun didesak untuk melakukan pembakaran gereja di seluruh
negara namun mereka masih berfikiran
waras dan langsung melayan kehendak-kehendak Ibrahim Ali.
Andai
kata memang terjadi semua gereja tempat
mereka beribadat dimusnahkan oleh para pengikut PERKASA bukan kah negara jadi
huru hara dan pergaduhan besar antara penganut kristian dan pengikut Islam.
Soal
Agama yang dikotak katikan jangan dipersenda gurau ini amat sensitive kepada
para penganut agama lain khususnya kristian, apa bilaagama kristian dicabuli
sudah tentu tercetus kemarahan kepada para penganut kristian bukan saja di
Malaysia , Singapura mungkin juga negara-negara kuasa besar seperti Amerika turut campur tangan apa akan jadi kepada negara
kita kalau negara kuasa besar masuk campur mungkin tidak sampai rokok sebatang
negara kita hancur lebur.
Ibrahim
Ali harus kena fikir risiko dan impikasinya
sekiranya pada hari itu jadi membakar gereja di seluruh negara. Sebagai
seorang pemimpin yang dihoirmati harus berfikiran terbuka bukan mengikut hati
dan perasaan saja.
Ekoran
tindakan PERKASA sering melakukan keganasan 90 peratus masyarakat cina dan
India di semenanjung paling murkah dengan Ibrahim Ali apa lagi di Sabah
suku-suku dari Kadazan-Dusun dan Murut juga turut membenci kepada PERKASA dan
Ibrahim Ali.
Jadi
harapan kita agar badan NGO-NGO di Sabah
dan Sarawak jangan terikut-ikut budaya songsang yang bakal dilakukan dan kerap
dilakukan oleh badan NGO-NGO di semenanjung biarlah dengan mereka kita sebagai
anak Sabah kena jaga nama baik orang Sabah yang cukup sopan santun dan berbudi
bahasa berbanding di Semenanjung mereka terlalu anti cina anti India dan anti
agama Kristian kita di Sabah boleh bersatu boleh duduk semeja makan minum
dengan bangsa-bangsa lain dan agama lain.
Akhir
sekali keberanian Jeffry dan Fakarudin wajar dicontohi kepimpinan mereka yang
fokus kepada keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan jangan ikut macam tingkah
laku Presiden PERKASA dan kuncu-kuncunya yang orang pandang seperti seekor kera
dihutan tiada nilainya perbuatan yang
baik kita harus contohi perbuatan songsang seperti PERKASA kita kuburkan
keliang lahat
No comments:
Post a Comment