Written by Admin
Wednesday 12 February 2012
OLEH: RAMAMUTHU A/L KRISNAN
KUALA LUMPUR:- Kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa ‘Langkah Kajang’ sehingga mendorong diadakan pilihan raya kecil sebagai sandiwara adalah bukti bekas Perdana Menteri itu takut dengan kemaraan Pakatan Rakyat di Selangor.
“Dengan adanya Anwar (di Selangor) menjadi kekuatan baru untuk KEADILAN dan Pakatan Rakyat selain membantu negeri ini dari sudut pentadbiran dan memantapkan ekonomi Selangor.
“Apatah lagi dengan rekod yang baik dan telus pentadbian Tan Sri Khalid Ibrahim melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dinikmati rakyat Selangor sebelum ini.
“Kenyataan Mahathir itu membayangkan ketakutan,” kata Pengarah Latihan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub.
Dalam ceramah Anwar di Kajang sebelum ini difahamkan, kroni Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling bimbang dengan kehadiran Anwar negeri terkaya di Asia Tenggara ini.
Dalam ceramah Anwar di Kajang sebelum ini difahamkan, kroni Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin antara individu yang paling bimbang dengan kehadiran Anwar negeri terkaya di Asia Tenggara ini.
Tambahnya, dengan kemenangan Anwar di DUN Kajang menumpulkan serangan politik dan mengecilkan pengaruh Umno-BN di Selangor.
Kata Mustafa, masyarakat tidak akan memberi kesan dengan dakwaan Mahathir kerana mereka kini bijak dan celik terhadap isu-isu politik.
“Rakyat juga semakin bijak menilai (kenyataan) Dr Mahathir.
“Pengundi Kajang tetap akan memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat,” kata Mustafa kepada Keadilandaily
“Pengundi Kajang tetap akan memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat,” kata Mustafa kepada Keadilandaily
Sementara dalam kenyataan seorang penyokong tegar UMNO/BN Sarah Farhana dalam laman sosialnya (FB) memberi gambaran bahawa BN akan menang pada PRK di Kajang ini ekoran daripada isu-isu kes Liwat Anwar Ibrahim.
"Kami UMNO/BN sudah tiada modal untuk membuat propaganda untuk memisungkan fikiran rakyat di Kajang Selangor hanya isu kes liwat Anwar saja boleh kami sebarkan untuk menarik perhatian pengundi.
"Soal maki hamun saya kepada para umat Islam khususnya para penyokong Pakatan Rakyat itu memang hobi saya jangan hairan saya dididik memang suka memaki hamun" tegas Sarah.
No comments:
Post a Comment