Wednesday, 19 February 2014

NIAT IBRAHIM ALI (PERKASA) HENDAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA TERKABUL 80 PERATUS RAKYAT NEGARA INI MEMBERI RESPPON BAIK

 

Written by Admin

Wednesday February 19.2014


OLEH: KARUNAKAREN S/O MUTUSAMI



KAJANG:- Hampir 80 peratus rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mahukan Datuk Ibrahim Ali jadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 pada masa terdekat ini.


Ibrahim Ali sendiri menyatakan dialah seorang paling baik di negara Malaysia tiada tolok bandingannya 1,000 kali dia baik daripada  Datuk Anwar Ibrahim maka dia layak jadi Perdana Menteri malaysia.


Dalam pada itu 100 peratus ahli-ahli PERKASA seluruh negara termasuk Sabah menggesa rakyat Malaysia supaya mengadakan solat hajat di surau-surau dan di masjid-masjid  bagi mendoakan Ibrahim Ali yang bernafsu besar mahu jadi Perdana Mentari Malaysia selepas Datuk Seri Najib Tun Razak bersara nanti.

 

Marilah kita sama-sama membaca petikan berita yang tersiar di The Malaysia Insider seperti di bawah ini

 

Saya 1,000 kali lebih baik jadi PM berbanding Anwar, kata Ibrahim A

BY ADMIN     MONDAY FEBRUARY  17, 2014

OLEH: LOOI SUI CHERN

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dirinya lebih sesuai sebagai perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinanKAJANG:- Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.
"Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri," katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.
capan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.

Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.

"Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.
"Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar," katanya.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menyelar Anwar sambil menggelar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai "berdarah munafik kelas pertama".
"Saya perlu berkata demikian demi kepentingan negara. Anwar merasakan dirinya seperti manusia luar biasa seolah-olah tiada siapa lagi yang boleh mencabarnya.
"Dari zaman belajar lagi sehingga sekarang beliau cuba mencari masalah dengan orang lain. Dia (Anwar) sudah mendapat semuanya namun masih tidak berpuas hati," katanya.
Selain itu, Ibrahim turut mendakwa beliau mengenali Anwar dari dalam dan luar namun pemimpin itu tidak berani mencari pasal dengannya kerana presiden Perkasa itu menyifatkan dirinya adalah seorang yang garang.
Kenyataan Ibrahim itu turut mengundang gelak tawa kepada hadirin dan beliau juga menambah Anwar lebih suka kepada mereka yang berdahi licin.
Beliau berkata, Perkasa sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) juga tidak kurang hebatnya kerana badan itu juga terkenal dan ramai yang ingin menjadi ahli.
Beliau berkata segala tuduhan dan "label" yang dilemparkan membantu menjadikan Perkasa sangat terkenal dan menggerunkan sejak ia ditubuhkan lima tahun lalu.
"Apabila kita mengkritik PR mereka menuduh kita alat Umno namun bila kita mengkritik BN, PR tak kata apa-apa.
Pendirian kita tetap. Kita puji apa yang bagus dan menentang sekiranya tidak. Itulah tugas NGO. Jadi apa masalah sekiranya kami mempunyai hubungan baik dengan Umno.

“Sekiranya Perkasa Pulau Pinang ingin berkawan dengan PAS dan parti DAP, ia juga tidak mengapa," katanya.
Tambahnya lagi, agenda Perkasa hanya tertumpu kepada isu negara seperti mengekalkan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas kepada pembangunan dan keharmonian negara yang dinikmati oleh pelbagai kaum dan agama.
Beliau berkata, Perkasa tidak mempunyai persengketaan dengan sesiapa namun sekiranya ia berkaitan dengan Perlembagaan, pertubuhan itu sama sekali enggan bertoleransi.
"Kami tidak takut atau perlu meminta maaf kerana itu Perkasa adalah sebuah pertubuhan yang memainkan peranan penting terutamanya menyentuh mengenai ketegangan kaum dan agama yang dipolitikkan," katanya. – 16 Februari, 2014.
"Terus  terang saya katakan  PERKASA  saya sendiri memang anti Cina dan India juga anti agama Kristian itu sebabnya kami bakar bible dan beberapa gereja, siapa berani tangkap saya, saya kebal dengan undang-undang jangan cabar saya" tegasnya.
Katanya lagi jika ditakdirkan Ibrahim Ali jadi Perdana Menteri bangsa pertama yang dia  halau dari negara ini  ialah cina kedua india ini memang sudah ada dalam agenda PERKASA.

"Kalau negara Cina dan negara-negara barat hendak mencetuskan peperangan kita tidak gentar kita cukup tentera dan cukup senjata" katanya kepada wartawan The Malaysia Insider.

No comments:

Post a Comment