Friday, 14 February 2014

WAJARKAH BANGKAI ANJING DI CAMPAK BEGITU SAJA ATAU DIKUBUR ANDA KENA BERI JAWAPANNYA





Written by Admin
Friday  February 14,2014

PANGANGAN DARI  SUDUT MEJA PENGARANG KANAN FST
SHAIMON S JUAMDI-BSK
 

MAJLIS Daerah Beluran (MDB) adalah merupakan agensi kerajaan yang disebut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)  berperanan dalam melaksanakan bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebersihan alam sekitar dan lain-lain urusan pentadbiran yang berkaitan kepentingan rakyat setempat.

Mereka juga telah melantik beberapa pegawai penguatkusa untuk memantau sama ada soal kebersihan mahupun menjaga kebanjiran penjaja-penjaja haram yang berniaga tanpa lesen di dalam lingkingan kawasan majlis itu sendiri.

Dengan adanya undang-undang kecil yang telah diperuntukan kepada pihak MDB mereka boleh mengenakan kompaun terhadap mana-mana individu yang dianggap telah menyalahi peraturan seperti terutama sekali dalam aspek kebersihan.

Banyak kuasa-kuasa yang ada pada pihak MDB dan sehingga boleh  naik kemahkamah sekiranya satu-satu saman mahupun kompaun yang gagal dilunaskan sehinggga tarikh tamat tempohnya.

Dalam pada itu kuasa yang ada pada pentadbiran pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis-Majlis Daerah bukan dianggap remeh-temeh atau dipandang ringan sesuatu kuasa yang ada pada Masjis Daerah perlu dititik beratkan kerana kuasanya boleh bertindak merobohkan rumah, merobohkan gerai-gerai haram dan sebagainya.

Tetapi sebagai kesimpulannya pula pekerja-pekarja Majlis Daerah Beluran (MDB) yang tahu sedikit sebanyak tengtang peraturan-peraturan Majlis  pula dicabuli  sehingga mencetuskan kemarahan penduduk-penduduk warga Beluran.

Membunuh anjing-anjing yang berkeliaran jika dianggap berbahaya  adalah wajar soal dosa kamu itu Allah yang menentukan segala-galanya  sebab membunuh binatang yang mungkin tidak berdosa.

Sudahlah begitu bangkai anjing-anjing mereka bunuh melalui sumpit tidak pula dikubur malahan dibuang begitu saja kalau seeokor dua tidak mengapa ini mungkin jumlahnya  kalau bukan puluhan atau ratusan ekor.

Kesan bangkai-bangkai  anjin itu  yang dicampak oleh para pekerja MDB yang tidak menggunakan akal otak akan membawa pelbagai wabak penyakit terutama sekali rumah-rumah yang berhampiran tempat pelupusan sampah.

Bangkai buruk yang hampir reput itu  bukan alang kepalang baunya sudahlah begitu bukan saja   lalat yang mengerumuni bangkai itu bahkan bapa segala lalat termasuk langau.

Apapun renung-renungkan lah jika perbuatan para pekerja itu membuang bangkai itu dipelupusan sampah itu memang betul kedudukannya syabas tapi kalau dianggap tidak wajar buat begitu seharusnya dikuburpun diucapkan tahniah

No comments:

Post a Comment