Tuesday, 25 February 2014

NORAINI HARGAI PROGRAM SEMINAR KERJAYA ANJURAN BIRO PENERANGAN UMNO SANDAKAN

Written by  Admin
Tuesday February 25,2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN:- Seminar Kerjaya anjuran bersama Biro Penerangan UMNO Bahagian Sandakan dan Jabatan  Tenaga Kerja Sabah yang dilansungkan selama dua hari dan hari pertama di Kelab Rekriasi Indah Jaya dan hari kedua di Dewan Serbaguna Masjid  Daerah Sandakan  baru-baru ini banyak membawa menfaat kepada para peserta.

Ketua Wanita Bahagian UMNO   Sandakan Noraini Sulong yang merupakan tetamu dan jemputan kehormat pada program tersebut semasa di wawancara oleh Pegawai Akhbarnya yang juga Pengarang Kanan Portal Free  Sandakan Today.com beliau menjelaskan seminar yang julung kali diadakan ini anjuran bersama Biro Penerangan UMNO Bahagian Sandakan dan Jabatan Tenaga Kerja  ia banyak memberi menfaat kepada para peserta terutama sekali dalam menimbah ilmu  untuk  kehidupan seharian.

Kata Noraini lagi pada hari pertama dimana pihak penganjur telah menjemput seorang penceramah dan Ahli Pidato yang tidak asing lagi mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu  Datuk Sri Hj Hassan Alban Hj Sandukong  dalam ceramahnya benar-benar berkesan.

“Walaupun saya hanya tetamu pada program itu namun melalui ceramah yang diutarakan oleh penceramah tersebut sedikit sebanyak saya dapat juga menimbah ilmu” katannya.

Dalam ceramah tersebut tambah Noraini ada tujuh prinsip Menjana Modal Insan yang perlu disemat di hati masing-masing ia sebagai pedoman dan panduan hidup

 Ramuan  Kecemerlangan  Dalam Kehidupan
2. Prinsip Kejayaan Di Era Globalisasi
3.  Prinsip Bertanggungjawab Ke Atas Kejayaan Diri
4.  Prinsip Berfikir Sebelum Bercakap dan Bertindak
5.  Prinsip Berwawasan: Orang Yang Cemerlang Bercita-Cita
6.  Prinsip Berakhlak Mulia: Anda Hanya Berjaya Dengan  Pertolongan Kawan
7.  Prinsip Belajar Sepanjang Hayat: Jadilah Yang Terbaik Di Bidang Anda.





Kata Noraini lagi program seminar semacam ini perlu diteruskan walaupun lain tajuk kerana ia boleh menjana daya pemikiran yang terbuka kepada para peserta untuk menimbah ilmu bagi kebakian diri sendiri.

“Saya sebagai Ketua Wanita UMNO Sandakan mengucapkan syabas dan Tahniah kepada Datuk Hj Mohd Affendy Datuk Hj Hamdan selaku Ketua Penenrangan UMNO Bahagian  Sandakan atas daya inisiatifnya menganjur program tersebut.

Pada hari kedua program yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Daerah seorang penceramah daripada USIA Sandakan Haji Awang Japar @Omar  tajuk ceramahnya yang dibentangkan ialan Bersyukur dan Berterima Kasih


Seminar selama dua hari itu telah dihadiri seramai 180 orang 70 peratus adalah remaja dan belia selebihnya orang dewasa.

No comments:

Post a Comment