Written
by Admin
Monday
February 10, 2014
OLEH: GEORGE SAIMON S
JUMADI
FOTO: SAFFIE S
JUMADI
TANJUNG PAPAT:- Memang sudah menjadi adat
resam dan budaya masyarakat Islam gunting rambut (gunting jambul) merupakan satu
sunnah Nabi yang telah diamalkan dan 
diturunkan sejak zaman-berzaman  sehinggalah  ke hari ini.
Majlis Gunting Rambut beramai-ramai anjuran
Rukun Tetangga Kampung Sim-Sim dekat sini   telah
diadakan dikediaman Siti Awang Pulau jambatan lorong gunting 17 pagi kelmarin.
Menurut pihak penganjur majlis bergunting
jambul (rambut) secara beramai-ramai ini ia 
membantu kepada para penduduk yang kurang berkemampuan di samping itu  untuk
mengeratkan lagi siratulrahm di kalangan penduduk setempat.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang
semakin meningkat dan popular namanya  di
daerah Sandakan Noraini Sulong telah diberikan penghormatan khusus untuk
melancarkan dan menepung tawar majlis bergunting rambut tersebut
Dalam ucapan ringkasnya Noraini memuji pihak
peranan Jawatankuasa Rukun Tetangga yang dipimpin oleh Siti Awang Pulau kerana
berjaya menganjurkan program tersebut yang menjurus membawa menfaat kepada
penduduk  Kampung Sim-Sim.
Katanya tindakan dan usaha murni pihak Rukun
Tetangga itu boleh dijadikan contoh dan ikut-ikutan Rukun Tetengga yang lain.
No comments:
Post a Comment