Written by Admin
Tuesday 18 February 2014-02-18
OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:-Kerja-kerja pembaik pulih jalan raya Batu Sapi
belum lagi selesai yang selama ini menjadi masalah besar kepada para pengguna
setempat kini pula disusuli dimana
mereka dilanda lagi masalah baru oleh sistem
perparitan yang tidak terurus ini juga mengundang masalah lagi kepada
penduduk-penduduk Batu Sapi.
Sikap kurang ajar sekaligus
sikap biadap terhadap kontractor yang
bertanggungjawab menyenggelarakan pembinaan semula jalan Batu Sapi tidak
mengambil kira tentang hal-hal lain antaranya
kenapa saluran parit ditepi-tepi jalan itu tidak kemaskinikan terlebih
dahulu merekapun sedia maklum bahawa pada dewasa ini adalah musim tengkuju
(musim hujan).
Berlakunya banjir kilat di Kampung Sundang yang
menenggelami deretan kedai-kedai di situ benar-benar menyusahkan rakyat ini
semuanya angkara kebiadapan pihak kontraktor yang sengaja berbuat begitu untuk
menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk setempat.
“Kesabaran kami sebagai penduduk ada
hadnya jangan sampai kami hilang pertimbangan bersatu bekerjasama sama dengan
semua penduduk kampung Sundang untuk membinasakan sama ada pekerejanya atau
tuan punya syarikat tersebut dengan apa
cara sekalipun, tetapi kami masih lagi hormat pada undang-undang negara kami
tidak akan melakukan perkara-perkara buruk itu.” kata seorang penduduk yang
enggan namanya disebut.
Kata mereka lagi kalau dimusim panas
boleh dikatakan hampir 90 peratus penduduk Taman Poh Hing hari-hari makan debu
jalanan yang memasuki keruang tamu, ruang dapur dan ruang kakilima.
Kalau penduduk Taman Mesra 90 peratus
bakal menjadi arwah meninggal dunia tidak lama lagi kena serangan demam denggi berdarah ekoran
kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) membersihkan longkang-longkang
dan parit-parit yang ditankongi air dan tempat menternak nyamuk Aedes.
Maka sama juga ceritanya 70 peratus
penduduk Taman Poh Hing bakal jadi arwah kerana kena serangan asma (Ampus)
sakit mata (buta) disebabkan makan debu
hari-hari ekoran perbuatan pihak
kontraktor yang jahil itu.
No comments:
Post a Comment