Thursday, 13 February 2014

AHLI PARLIMEN SANDAKAN DESAK MPS UNTUK SENGGELARAKAN KEBOCORAN SALURAN NAJIS FLAT SIM-SIM



Written by Admin
Thuraday 13, February 2014-02-13

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:- Kebocoran saluran Pembentungan Najis di Flat MPS lama Sim-Sim Berthala Darat dekat sini yang sekian lama tidak disenggelarakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan penduduk setempat kerana tidak tahan menghidu bau busuk.



Berdasarkan infomasi yang diberi oleh penghuni tempatan, masalah limpahan air kumbahan dari saluran pembentungan najis tersebut telah berlaku lebih daripada setahun dan telahpun dimaklumkan  kepada pihak MPS untuk menjalankan kerja penyelenggaraan tetapi gagal dan tiada sebarang perhatian dan tindakan diambil, dan perkara ini menimbulkan kerisauan  di kalangan penduduk kerana mereka setiap hari terpaksa menghadapi dengan keadaan yang begitu jijik dan bau busuk ekoran najis yang keluar melimpah ruah dari manhole yang tersumbat.



Ahli Parlimen kawasan Sandakan Stephen Wong yang telah dimaklukan mengenai fenomena ini telah membuat lawatan ke kawasan tersebut untuk mengetahui  perkara yang sebenarnya



“Yang lebih serius adalah terdapat dua buah taska di aras bawah flat yang terjejas oleh masalah saluran pembentungan najis tersumbat. Penduduk tempatan juga amat risau dengan tahap kebersihan yang begitu kotor akan menjejaskan kesihatan kanak-kanak yang bersekolah di taska tersebut” jelas Wong lagi kepada Wartawan Free Sandakan Today kelmarin.



Wong menggesakan pihak MPS agar dapat menjalankan kerja - kerja pembersihan dan penyelenggaraan dengan masa yang sedekat ini dermi kelesaan penduduk berkenaan  dan  sambil mengritik pihak Pejabat  Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR)   Tanjung Papat kerana gagal mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan perumahan tersebut. 


No comments:

Post a Comment