Thursday, 20 February 2014

PENDUDUK TAMAN MESRA TERUS TERTINDAS OLEH MPS PERDANA MENTERI DAN KETUA MENTERI MINTA CAMPURTANGAN MASALAH INI



Written by Admin
Thursday February 20, 2014-02-20


OLEH: SHAIMON S JUMADI



ELOPURA:- Sudah dua kali lawatan dibuat ke  Taman Mesra pertama Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong kedua kalinya  Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) kawasan Elopura Chan  Tsun Hei  bersama Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Hj Utung@ Abdul Hamid bersama Pemaju Mukim dan Pengerusi JKDB Taman  Mesra untuk meninjau mengenai keadaan masalah air tangki keluar dari tangki yang diletakan dipuncak mahligai.

Namun begitu sehingga sekarang belum lagi diambil tindakan walaupun pihak UPKR Elopura termasuk  Pejabat Parlimen Sandakan mengutus surat kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)



Barang kali mahu surat daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengutus surat baru para pegawai termasuk Presiden MPS bertindak drastic  kalau hanya setakat surat dari Ahli Parlimen dan ADUN Elopura just keep in view tidak dilayan sama sekali.

Seorang penduduk Taman  Mesra yang hanya dikenali Yunizam Yusof yang memberitahu kes ini kepada Free Sandakan Today.com  air yang mengalir dari tangki yang tak putus-putus itu ini jelas merugikan wang kerajaan bayangkan 1000 lot rumah yang membabitkan 57 blok semuanya air keluar melempah ruah.

Katanya lagi sudahlah begitu pihak MPS setiap bulan mengenakan caj air ada yang menerima bil hingga RM200.00 ada pula yang RM10.00 sebulan sebab mereka membaca meter air hanya main tembak-tembak saja.

“Mereka main suka-suka kalau mereka kenal siapa orang itu kalau si Omar kawan mereka  kasih dia caj RM5,00.00 kalau si Saimon dia ini suka menghentam MPS kasih dia bil hingga RM400.00 sebulan betul-betul kejam” ujarnya.

Kata Yinizam lagi kalau penduduk buat aduan di pejabat MPS ada beberapa orang pegawai mengatakan dengan bahasa kesat yang boleh mencetuskan kemarahan dan bergaduhan besar dengan penduduk Taman Mesra kerana mereka berkata “kalau kamu fikir tidak senang duduk di Taman Mesra kamu boleh keluar dari sekarang”



“Saya minta jasa baik dan budi bicara  Ketua Menteri Sabah Datuk Sei Musa Hi Aman dan Perdana Menteri Malaysia  Dato’ Mohd Najib Tun Abdul Razak yang membaca berita ini di Free Sandakan Today dapat memberikan teguran kepada Presiden MPS sebab kalau masalah rakyat terus  di pandang sebelah mata dan sambil lewa sahaja ini akan menjejaskan  dan mencemarkan nama baik pentadbiran kerajaan BN dan sekaligus boleh menyumbangkan kekalahan teruk calon-calon BN sama ada DUN dan Parlimen pada PRU 14 nanti” ujarnya.

Hanya Ketua Menteri dan Perdana Menteri saja yang dapat  membantu penduduk Taman Mesra kalau setakat Wakil Rakyat walaupun dari Barisan Nasional (BN) para pegawai MPS tidak ambil peduli malahan disengajakan sehingga menimbulkan kemarahan para penduduk Taman Mesra sedangkan mereka  90 peratus adalah pengundi tegar BN tetapi terus tertindas 

Berita ini kalau Ketua Menteri terbaca termasuk Perdana Menteri baru mereka tahu rupa-rupanya penduduk Taman Mesra selama ini berdepan pelbagai masalah tetapi tidak dapat diselesaikan harap-harap Ketua Menteri dapat tahu perkara yang sebenar dapat melawat sendiri ke Taman Mesra secara mengejut dan senyap-senyap baru tahu para pegawai MPS sedar langit itu tinggi rendah.




1 comment:

  1. hanya Ketua Menteri Sabah dan Perdana Menteri camportangan baru Presiden MPS ada gentar sikit kalau hanya setakat ADUN menteri di Sabah mana dia segan di buli lagi oleh Presiden MPS

    ReplyDelete