Friday, 28 February 2014

BUKTI DAN NYATA WARGA PENYU PAKISTAN DAPAT BRIM RAKYAT TEMPATAN JADI PENGEMIS JALANAN

Written by Admin
Friday February 28.2014
 


OLEH: SHAIMON S JUMADI



Warganegara Penyu Pakistan Dapat BR1M Orang  Tempatan Jadi Peminta Sedekah Ditempat Sendiri logik kah 

SANDAKAN:- Sebahagian Rakyat  seluruh negara ini baru saja menerima BR1M RM650.00  bagi fasa pertama daripada kerajaan sama ada menerima melalui Bank  masing-masing mahu pun baucer .

Bagi mereka yang telah mendapat keistimewaan daripada kerajaan khususnya BR1M memang cukup gembira kerana mendapat rezeki nomplok (rezeki bergolek).

Tetapi bagi mereka yang tidak mendapat BR1M tersebut bagi yang tidak layak kerana bergaji besar atau terdiri daripada golongan kelongmerat (Jutawan) mereka telah akur kalaulah itu keputusan dan dasar kerajaan.

Cuba lihat dua orang cina ini duduk nongkrong (duduk bercangkung)  di penjuru kedai minum wawasan 2020Bandar Kim Fung sambil menadah tangan minta sedekah dan bagi orang yang simpati mereka tidak sampai hati walaupun hanya RM1.00 mereka memberinya, mana kala mereka yang sombong angkuh sudahlah tidak memberi malahan di maki hamun diludah lagi 

Prilaku kedua orang ini yang saban hari minta sedekah kepada orang ramai telah menjadi satu cemohan kenapa mereka tidak diberikan BR1M adakah dua orang masyarakat cina ini tidak layak atau bukan seorang warganegara Malaysia.

Jika dilihat dan dibandingkan orang-orang yang digelar warga penyu begitu istimewa diberikan keutamaan contohnya bangsa Pakistan terang-terang data dalam kad pengenalannya dilahirkan di Beluran, Kuala Sapi ada yang dilahirkan di Kuamut namun  satu patah haram mereka tidak bisa bertutur  dalam bahasa  sungai atau dusun tetapi mereka layak memohon BR1M.

Sampai bila rakyat tempatan terus menjadi pengemis ataupun jadi peminta sedekah ditempat sendiri  adakah wakil-wakil  rakyat BN  yang sebangsa dengan dua orang ini  mempunyai rasa  belas ihsan dan   akan mencari jalan alternative  bagi membantu agar mereka juga akan mengecapi kehidupan sedikit kesenangan seperti insan-insan lain atau dibiarkan begitu saja jawapan ini  semuanya terletak  ditangan wakil-wakil kerajaan yang ada sekarang.


1 comment:

  1. AGAK2NYA PAKISTAN YANG DAPAT BR1M INI DALAM ICNYA LAHIR DI PAPAR, KINABATANGAN, SUGUT, TANDUO ATAU RANAU

    ReplyDelete