Friday, 31 January 2014

KETUA PEMUDA UMNO SANDAKAN BERI AMARAN KEPADA PERKASA JANGAN UNGKIT LAGI ISU KALIMAH ALLAH...FAKARUDIN



Written by Admin
Friday  January 31, 2014


OLEH: SHAIMON S JUMADI


SANDAKAN:-  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong (gambar)  menegaskan mana-mana  pihak terutama sekali pihak PERKASA jangan   sesekali mengungkit-ungkitkan lagi isu Kalimah Allah yang kini telah dipolitikan sehingga menimbulkan kontraversi dan kurang disenangi di kalangan para penganut Agama Kristian di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak

Katanya Kalimah Allah sudah lama diguna pakai sejak zaman berzaman lagi di Sabah dan Sarawak dan tidak timbul perkara-perkara yang memudaratkan antara satu sama lain.

“Kita di Sabah  saling hormat menghormati  dan mengamalkan kebebasan beragama dan masyarakat di Sabah terutamanya masyarakat Islam tidak pernah menyinggung mana-mana perasaan hati orang lain terutama mereka yang berlainan agama” tegasnya.

“Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sandakan yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Sabah menasihatkan kepada mana-mana pihak agar tidak lagi  menggembar gemburkan isu Kalimah Allah terutama sekali pihak PERKASA yang suka menimbulkan huru-hara di dalam negara ini lagupun Perdana Menteri sendiri telah melonggarkan penggunaan Kalimah Allah di mana kitab-kitab injil mengandungi perkataan-perkataan tersebut yang telah dicap oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dibolehkan di bawa masuk  kenegara ini melalui Kastam” jelasnya.

Dalam pada itu Pergerakan UMNO Sandakan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Presiden dan para pengikutnya yang bertindak ganas dan tidak bertemadun  membakar bible dan patung paderi gereja dan perbuatan Ibrahim Ali dan kuncu-kuncunya memcerminkan bahawa ajaran Islam itu condong kepada keganasan untuk membenci kepada manusia yang menganut agama-agama lain di dunia ini khususnya di negara Malaysia

“Kita bukan tidak mahu mempertahankan isu Kalimah Allah cuma isu ini patut ditangani dengan  lebih bijak tanpa menyakiti hati bangsa-bangsa lain yang  bukan beragama Islam kita tidak ada masalah jika sesiapapun  menggunakan kalimah Allah tetapi dengan syarat tidak mencurigakan atau mengelirukan Umat Islam di negeri ini’ katanya kepada Pengarang Kanan Portal Online Free Sandakan Today.com dalam satu sesi wawancara khas pentang tadi.

Tentang kedudukan Ibrahmi Ali yang berhasrat hendak datang ke Sabah  yang akan dihalang oleh rakyat di Sabah terutama sekali penganut Kritian yang kini masih marah dan membara atas perbuatannya   yang kurang ajar dan biadap itu membakar bible dan patung paderi yang merupakan satu penghinaan kepada penganut ugama  Kristian bukan saja di Sabah dan Sarawak mungkin juga di Semenanjung   namun Fakarudin enggan mengulas lanjut mengenai isu Ibrahim Ali.




  

TINDAKAN Pelampau dan ganas PERKASA membakar kitab Injil dan Patung Paderi boleh mencetuskan huru-hara perkauman dalam negara ini  dan mencerminkan seolah-olah penganut Islam itu diajar supaya ganas tidak menghormati  agama bangsa lain





No comments:

Post a Comment